CHONGQING – Wen Junhong, 68 tahun telah menyelamatkan seekor anjing yang terbiar di daerah Chongqing di barat daya China pada dua puluh tahun yang lalu. Disebabkan peristiwa itu, kehidupannya sedikit berubah di mana dirinya telah berkongsi rumahnya bersama 1300 anjing dan penambahan jumlah anjing tidak berhenti.
Menurutnya, setelah kejadian mengambil anjing pertama tersebut, anjing jenis Pekinese dinamakan Wenjing membuatkan dirinya tidak dapt berhenti daripada menerus mengambil anjing terbiar dan pelihara.
Wejing mengatakan bahawa dirinya terdorong untuk mengambil anjing terbiar kerana bimbang akan keselamatan haiwan tersebut yang kerap membabitkan kemalangan malah dibunuh untuk perdagangan daging anjing.
“Penting untuk menjaga anjing terbiar ini. Kita harus menghormati kehidupan dan bumi bukan hanya untuk manusia sahaja tetapi juga untuk haiwan,” katanya.

Sebelum ini, memelihara anjing dianggapkan sebagai hobi “berjuasi” dan dilarang di bawah pimpinan Pengasas Komunis China, Pengerusi Mao. Walau bagaimana pun, ianya telah berubah secara dramatic dan pemilikan haiwan telah meningkat di negara China.
Menurut AnimalAsia, negara China masih belum memiliki undang-undang kesejahteraan haiwan nasional dan terdapat puluhan juta anjing serta kucing terbiar di jalanan. Haiwan terbiar jarang disterilkan, maka ia memburukkan lagi keadaan kepada pusat penyelamatan haiwan yang kekurangan dana.

Malahan, dirinya bukan sahaja tinggal bersama anjing bahkan berkongsi tempat tinggal bersama 100 kucing, empat ekor kuda dan sebilangan arnab serta burung.
Kos pembelanjaan bagi menguruskan semua haiwan tersebut adalah dengan hasil penjualan apartmentnya, membuat pinjaman hingga 60,000 yuan (RM37,361), wang pencen dan simpanannya ketika bekerja sebagai jueruteknik alam sekitar.
Keadaan dirinya telah menarik perhatian di media sosial, membuatkan Wen menerima sumbangan dengan jolokan “Chongqing Auntie Wen”.
Sumber: Bangkok Post