Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

Mungkin Tidurnya Terganggu, Gelagat Tupai Sergah Burung Belatuk ‘Buat Bising’ Sampai ‘Terpelanting’ Jadi Perhatian

Seorang jurugambar telah berjaya merakamkan ‘shot’ lucu berkenaan detik-detik tupai kelihatan seakan marah pada seekor burung belatuk yang mengacaunya.

Tupai itu tampak seakan sedang ‘berusaha untuk tidur’ namun diganggu oleh seekor burung belatuk yang mulai mengetuk pokok di mana terletaknya sarang tupai tersebut.

Tupai yang berang dengan burung pelatuk itu terus keluar daripada sarangnya dengan reaksi wajah yang marah.

Burung pelatuk terbabit kemudiannya kelihatan terkejut sambil menganjakkan dirinya ke belakang.

Dalam satu foto, tupai tersebut kelihatan seakan mahu menyerang burung pelatuk itu dengan menggunakan tangannya.

Pertembungan itu dilaporkan berlaku di Coimbatore, sebuah bandar di India pada bulan lalu.

Foto-foto tersebut telah berjaya ditangkap oleh Ravi Raj yang terdengar ketukan burung belatuk itu kira-kira 25 kaki di atas pokok.

Ketika kejadian itu berlaku, dia dikatakan sedang dalam perjalanan pulang dari kedai roti.

Burung belatuk tersebut berkemungkinan besar adalah spesis common flameback, yang boleh diteumi di seluruh benua India dan timur Indonesia.

Menurut ornithology.com, burung belatuk mematuk pokok bagi mencari serangga, telur serta larva untuk dimakan.

Mereka juga menebuk lubang untuk membuat sarang mereka di pokok-pokok yang mati. Patukan itu juga boleh menjadi satu bentuk komunikasi.

Spesis tupai tersebut pula boleh dijumpai di India dan Sri Lanka. Ianya dianggap suci oleh sebilangan penganut agama Hindu, lapor Daily Mail.

Sumber: Daily Mail

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.