Siakap Keli
Gambar: Fitrahakbaar

(Video) Sebak, 6 Tahun Menanti Untuk Cahaya Mata, Pasangan Pasrah Anak Kembar Meninggal Dunia Pada Usia 7 Hari

Setiap pasangan suami isteri yang berkahwin pastinya akan menginginkan sebuah keluarga yang dilengkapi dengan anak-anak.

Pun begitu, tidak ramai yang begitu bernasib baik. Ada yang selepas kahwin sahaja rezeki untuk mempunyai anak itu dikurniakan manakala ada yang terpaksa tunggu bertahun-tahun untuk mendapatkan berita gembira itu.

Seperti satu pasangan dari Indonesia ini, berkat doa yang tidak putus-putus dan penantian selama 6 tahun untuk memiliki anak sendiri telah menjadi kenyataan.

Menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik oleh Fitrah Akbaar di aplikasi TikTok, penantiannya bersama isterinya itu telah diabadikan dalam satu video.

Video tersebut pada mulanya memaparkan detik bahagia mereka apabila berjaya menyambut kelahiran anak kembar mereka selepas 6 tahun menantikan berita gembira itu.

@fitrahakbaar

Pejuang NICU & yg belum dapat keturunan kumpul yuk #kisahsedih #nicu #pejuangnicu #prematurebaby #bayiprematur #baby #fyp

♬ Surrender – Natalie Taylor

Pun begitu, anak kembar mereka itu difahamkan hanya sempat dipinjamkan selama 7 hari sahaja berikutan lahir secara pramatang sewaktu kandungan masih lagi berusia 6 bulan kerana berlaku komplikasi sebelum kembali dijemput Ilahi.

Meskipun berat untuk mereka menerima takdir yang telah ditetapkan, namun mereka tidak berhenti-henti berdoa.

Hasilnnya, selepas 2 tahun pemergian anak kembar mereka itu, doa mereka berjaya dikabulkan apabila dikurniakan seorang bayi baru yang diberikan nama Jena.

@fitrahakbaar

alhamdulillah 8 tahun kami menanti keturunan. akhirnya Juni 2020 Doa kami dikabulkan Allah SWT #bayi #bayigemes #bayitiktok #pejuangduagaris

♬ original sound – TDAC📽OFFICIAL – DARK ANGEL

Video yang dimuat naik oleh Fitrah Akbaar itu telah menjadi tular di aplikasi TikTok. Sehingga kini ianya telah ditonton lebih 200 ribu kali oleh warganet.

Sumber: TikTok