Siakap Keli
Gambar via Dailymail

(Video) “Hampir Memijak Kenderaan,” Detik Cemas Pelancong Dikejar Zirafah Yang Sedang Marah

Detik yang menakutkan apabila seekor zirafah yang marah, mengejar trak pelancong menimbulkan situasi cemas kepada mereka.

Dicken Muchena, 27, sedang membuat lawatan hutan di Masai Mara Game Reserve, Kenya pada 9 Disember lalu,

Menerusi video berdurasi 1:45 saat yang dikongsikan itu menunjukkan detik mengejutkan, Dicken yang merupakan seorang guru dan jurugambar, terkejut apabila melihat zirafah yang besar mengejar trak pelancong yang dinaikinya.

Zirafah mampu berlari selaju 40mph pada jarak pendek.

Kumpulan pelancong itu baru saja selesai menghabiskan masa melihat-lihat dan mengagumi zirafah di kawasan hutan simpanannya. Makhluk besar itu begitu dekat sehingga ‘hampir memijak kenderaan’, menurut Dicken, yang percaya bahawa haiwan itu telah menyangka mereka sebagai musuh.

Kumpulan pelancong itu dikejar dengan pantas oleh zirafah tersebut, tetapi pemandu pelancong akhirnya berjaya menyelamatkan situasi itu. “Nasib baik tidak ada yang dicederakan dan akhirnya kami meninggalkan zirafah itu sendirian,” Dicken menggambarkan pengalaman itu sebagai ‘menakutkan’.

Dia berkata: “Zirafah nampak tidak berbahaya pada mulanya tetapi tiba-tiba ia menjadi marah dan mengejar kami dari habitat semula jadinya. Ia juga cuba menghalang jalan keluar kami, tetapi kami berjaya melarikan diri. Ini tentunya pengembaraan yang menakutkan.”

Sumber : Dailymail

Aziezzan