Siakap Keli
dialek negeri malaysia
Gambar: Cak Lonjong/Petronas

(Video) “Lidah Saya Terbelit-belit,” Gelagat Lelaki Indonesia Ini ‘Struggle’ Cuba Tiru Loghat Negeri-negeri Di Malaysia

Setiap negeri di Malaysia mempunyai budaya dan dialek yang tersendiri. Kepelbagaian dialek ini menunjukkan warna-warni masyarakat tempatan yang boleh bersatu-padu biarpun berbeza latarbelakang.

Dialek-dialek unik ini menjadi identiti dan kebanggaan setiap rakyat Malaysia terhadap negeri masing-masing. Malah, ia juga menarik perhatian salah seorang Youtuber dari Indonesia yang cuba mempelajari dialek-dialek berkenaan.

Youtuber, Cak Lonjong telah menjadikan iklan kemerdekaan Petronas, “Operasi Koperasi” sebagai rujukannya untuk meniru gaya percakapan setiap negeri. Ada yang menjadi, ada yang buat geli hati. Habis tergeliat lidahnya apabila mendengar satu persatu percakapan watak dalam video berkenaan yang mewakili negeri masing-masing.

Jom tonton videonya di bawah.

“Susah sekali untuk berbicara dialek semua negeri yang ada di seluruh malaysia. Saya menyerah!”

Sumber: Cak Lonjong

Amira

Love yourself.