Kecantikan adalah perkara yang diidamkan oleh semua orang, tidak kira lelaki atau perempuan, kerana ia adalah tarikan peribadi orang ramai. Namun, satu pertandingan ‘ratu cantik’ sebuah desa Rusia ini menarik perhatian apabila lembu yang menyertai pertandingan ini.
Petani di republik Sakha Rusia telah mengadakan pertandingan kecantikan tahunan bagi mencari lembu untuk menobatkannya sebagai mahkota ternama di kampung itu.
Lembu dari seberang Yakutia bersaing untuk mendapatkan kehormatan.
Pertandingan kecantikan lembu tahunan melihatkan lembu-lembu dipakaikan pakaian yang cantik dan mewah, dihiasi solekan sebagai usaha untuk menarik perhatian para juri.
Kostum tradisional Rusia juga dipakaikan pada lembu dalam pertandingan tahunan itu.
Solekan yang terang dilukis pada seekor lembu bertopi putih yang kononnya menyerupai Audrey Hepburn.
Lembu yang lain diberi barangan kemas dan hiasan kepala oleh pemiliknya yang berusaha menjadikan lembuhnya secantik mungkin.
Seekor lembu juga dilihat dihiasi dengan solek pipi yang merah dan hiasan bunga di kepala berwarna merah jambu dan ungu yang mencolok mata.
Seorang petani romantis lain malah memakaikan seekor lembu betina dan lembu jantan sebagai pengantin, lapor The Moscow Times.
Pertandingan ini diadakan hampir setiap tahun sebagai sebahagian daripada perayaan pertanian desa.
Hati para juri dicuri oleh lembu kembar Ootoy dan Tootoy.
Berpakaian sebagai pasangan yang romantik, kembar itu dinobatkan sebagai lembu terindah tahun ini.
Pertandingan dalam talian itu dianjurkan oleh sebuah pusat pertukangan rakyat di kampung Tyolyoy, yang terkenal di rantau itu dengan lembu tenusu, lapor laman web berita SakhaDay.
Ketua kampung Igor Nikolaev mengatakan kepada SakhaDay: “Pertandingan terbuka ini menjadi rebutan di kalangan penduduk (republik), kebetulan simbol (kalendar lunar Cina) tahun yang akan datang adalah lembu.
Lembu kembar Ootoy dan Tootoy dari desa Tootoy, dipilih sebagai pemenang.”
Sumber : Dailystar , pototskayaelena