Siakap Keli
Gambar via Bernama

Musim Tengkujuh, MAFI Buat Penilaian, Bantu Petani Penternak, Nelayan Terjejas

JOHOR BAHRU, 13 Dis  — Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan membuat penilaian dan bancian dalam memberikan bantuan kepada petani, penternak dan nelayan di seluruh negara yang terjejas akibat musim tengkujuh ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, jenis bantuan sama ada berbentuk wang atau barangan akan diberikan mengikut kerosakan yang dialami.

“Kita akan perincikan bantuan setakat mana kerosakan pada musim tengkujuh ini jejaskan tanaman, ternakan dan perikanan.

Kita juga mahu mereka buat laporan kepada pihak berwajib…pegawai kita akan mengukur, siasat dan membuat bancian setakat mana kerosakan, bantuan pula diberikan bukan sahaja dari segi kewangan tetapi juga barangan,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pasar Tani Kekal Permas Jaya, di sini, hari ini.

Menurutnya, antara negeri yang terjejas adalah Johor, Melaka serta negeri-negeri Pantai Timur.

Turut mengiringi ketika lawatan  tersebut termasuk Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Datuk Wira Ghazale Muhamad dan Pengarah FAMA Negeri Johor, Shahrizan Sudiman.

Ahmad berkata, bantuan perlu diberikan memandangkan golongan berkenaan merupakan penyumbang utama dalam pembangunan bekalan makanan.

“Pendekatan kita, kita mahu beri insentif dan bantuan kepada mereka dalam apa jua keadaan sekalipun,” katanya.

— BERNAMA

Aziezzan

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.