Siakap Keli

Enam Hero Kegilaan Malaya Sekitar Tahun 50an-60an

Zaman kegemilangan filem Melayu klasik memberikan inspirasi kepada industri perfileman di Malaysia. Bermula seawal tahun 30-an sehingga 60-an filem Melayu klasik menjadi hiburan buat masyarakat dahulu. Walaupun kini mereka sudah tiada, banyak filem-filem Melayu klasik yang sering dimainkan di kaca Tv membuatkan ramai terpegun dan meniru aksi dan lagu yang dimainkan.

Aksi lakonan pelakon Melayu klasik dahulu menjadi lagenda dari dulu hingga sekarang. Tanpa mereka industri perfileman sekarang tidak berkembang dan tidak mendapat sambutan. Oleh itu, jom kenali sedikit latar belakang hero Melayu filem klasik sekitar 50 hingga 60-an.

(1) Tan Sri Datuk Amar (Dr.) P. Ramlee (Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh)

Dilahirkan di Pulau Pinang pada 22 Mac 1929. Beliau seorang pelakon, penyanyi, pengarah, pemain muzik dan penulis lagu terkenal di Malaysia dan Singapura.

Melibatkan diri dalam bidang musik dengan bermain ukelele yang dipimpin oleh Encik Kamaruddin (pemimpin brass band di Penang Free School). Pernah menjadi juara dalam nyanyian di bawah radio Pulau Pinag pada tahun 1947 san dipilih sebagai bintang Utama Malaya. Semasa pertandingan diadakan, beliau menggunakan huruf “P” (bagi Puteh) di awal namanya dan terus kekal nama P. Ramlee itu hingga ke akhir hayatnya.

Filem pertama lakonan P. Ramlee ialah CHINTA pada tahun 1948. Beliau meneruskan bidang lakonan sehingga berjaya berlakon sebanyak 27 filem. Filem terakhir lakonan beliau ialah Laksamana Do Re Mi pada tahun 1972 dan lagu dan lirik terakhirnya adalah Ayer Mata Di Kuala Lumpur pada tahun 1973 sebelum beliau menghembuskan nafas terakhirnya.

Beliau telah meninggal dunia pada  29 Mei 1973 ketika usianya 44 tahun. Keseluruhan filem yang dilakokan adalah  sebanyak 66 Filem pada tahun 1948 hingga 1972.

(2) Nordin Ahmad

Dilahirkan di Kampung Kota, Permatang Pasir, Seberang Perai Pulau Pinang pada 17 Mac 1927. Beliau telah membintangi sebanyak  54 filem pada tahun 1951 hingga 1971. Pada mulanya beliau bekerja sebagai kerani di Pangkalan Tentera Udara Diraja British di Seletar Singapura pada tahun 1951. Beliau menyimpan hasrat untuk menjadi seorang pelakon apabila pencarian pelakon-pelakon baru di Utusan Melayu diadakan. Beliau telah diterima uji bakat di bawah Malay Production tetapi gagal.

Namun beliau cuba berlakon dalam filem  Rayuan Sukma dan Juwita sebagai pelakon tambahan tanpa dialog. Walaupun filem tersebut tidak mendapat sambutan, Nordin Ahmad tidak berputus asa dan menerima apa sahaja tawaran dalam bidang lakonan. Banyak Production melihat kesungguhan dan bakat yang ada pada beliau dan pernah ditawarkan untuk menjadi pengarah filem pada tahun 1964.

Setelah itu beliau terkenal disebabkan beberapa filem yang melonjakkan namanya. Antaranya ialah Semerah Padi, Hang Jebat, Chuchu Datok Merah, Air Mata Duyumg, Lanchang Kuning, Sri Mersing, dan Gurindam Jiwa. Beliau telah meninggal dunia pada 15 Jun 1971 ketika berusia 41 tahun kerana menghidap demam kuning.

(3) Datuk Ahmad Mahmud

Dilahirkan di Rembau Negeri Sembilan pada 17 Mac 1927. Beliau seorang pelakon, pengarah filem, penerbit filem, dan penulis lakon layar. Datuk Ahmad Mahmud memulakan kerjaya dengan berlakon filem Perwira Di Lautan Teduh dan Setia.

Datuk Ahmad Mahmud mempunyai rupa paras yang tampan dan kacak sehingga membuatkan K.M. Basker mengambil beliau sebagai pelakon utama dalam filem Ayer Mata. Beliau telah berlakon di dalam 50 buah filem dan menerima pelbagai anugerah sepanjang hampir setengah abad bergelar sebagai seorang pelakon.

Selain berlakon, beliau juga boleh menyanyi dan banyak filem yang dilakokan menggunakan suaranya sendiri. Antara lakonannya ialah Ibu mertuaku, Dayang Senandung, Raja Bersiong dan banyak lagi.

Beliau telah disahkan menghidapi penyakit buah pinggang pada tahun 2001. Beliau telah menghembuskan nafas terakhir pada 27 Ogos 2008 di Kampung Tunku, Petaling Jaya, Selangor ketika berumur 81 tahun.

(4) Tan Sri Datuk (Dr.) Jins Shamsuddin
Dilahirkan pada 5 Nov 1935 di Taiping Perak. Beliau seorang pelakon, penggiat seni, pengarah filem serta senator Malaysia. Sumbangan yang terbesar dikenang hingga ke hari ini ialah menerusi pembangunan industri filem Melayu sepanjang hayatnya.

Beliau juga dilihat dalam ketokohannya dalam bidang politik dan pernah dilantik sebagai  Ahli Jawatankuasa Penaja UMNO Cawangan Coronation Road, Singapura, pada 1959.

Pernah dinobatkan sebagai pengarah terbaik pada Festival Filem Ketiga. Antara Filem yang mendapat penganugerahan ialah Filem Bukit Kepong.

Tan Sri Jins Shamsuddin pernah menganggotai beberapa persatuan seperti Persatuan Artis Malaya pada 1957, Persatuan Seni Coronation Road (1957), Persatuan Seni Pasir Panjang (1959) dan Persatuan Kesenian Singapura. Banyak sumbangan, anugerah dan pencapaian yang diperoleh membuatkan beliau terkenal dan masih diingati hingga ke hari ini.

Beliau telah menghembuskan nafas terakhir pada  1 Mac 2017 ketika usianya 81 tahun di Kuala Lumpur.

(5) Aziz Jaafar
Dilahirkan pada 10 Nov 1935. Beliau merupakan seorang pelakon, pengarah filem dan penyanyi. Beliau telah membintangi sebanyak 52 filem pada tahun 1957 hingga 1998. Antara filem pertama yang dilakokan beliau ialah Hantu Jerangkung dan Putera Bertopeng. Filem terakhir yang dilakokan ialah Raja Melewar pada tahun 1998.

Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 23 Jun 2005 ketika usianya 69 tahun disebabkan demam. Menurut kenyataan dari anaknya, beliau menyedari Aziz Jaafar telah tersandar di bucu katil selepas sahaja masuk ke dalam bilik.

(6) Dato’ Haji S. Roomai Noor (Muhammad Taib Bin Salleh)

Dilahirkan pada 22 Feb 1923 di Kampung Tengah Temerloh Pahang. Pada awalnya, beliau seorang mekanik, gerila, kerani, dan menjadi terkenal setelah menjadi penulis, pelakon dan pengarah.

Memulakan kerjaya dalam bidang berfileman iaitu Filem Chinta pada tahun 1984. Beliau pernah bekerjasama dengan Ho Ah Loke dalam penubuhan produksi Cathay-Keris. Disebabkan itu, beliau telah dihalang untuk berlakon selama tiga tahun apabila Shaw Brothers berjaya mendapat perintah mahkamah menghalangnya muncul sebagai seorang pelakon. Perkara ini disebabkan tindakan beliau menubuhkan Cathay-Keris.

Pelbagai cabaran dan rintangan menimpa kepada beliau sehingga sehingga beliau diberi tawaran untuk membintangi filem-filem arahan Jins Shamsudin.

Selain itu, beliau pernah menerima anugerah dalam kariernya iaitu Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-5 (1984). Beliau telah membintangi sebanyak 34 filem pada tahun 1948 hingga 1989.

Beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 16 Mac 1994 ketika usianya 71 tahun.

Rujukan:

(1) Osman Bin Hussein (2007) semua tentang p ramlee, biodata p ramlee, tan sri p ramlee. Diambil dari http://wwwnostalgiapramlee.blogspot.com/2007/05/semua-tentang-p-ramlee-biodata-p-ramlee.html

(2) Zabidi Hj Saidi (2016) Nordin Ahmad Pun Meninggal Di Usia Muda. Diambil dari http://catatanzabidi.blogspot.com/2016/02/nordin-ahmad-pun-meninggal-di-usia-muda.html

(3) Zaini Yusop (2012) Filem Klasik. Dambil dari http://filemklasikmalaysia.blogspot.com/2012/02/ahmad-mahmood-1927-2008.html

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.