Anda yang menjaga dab merawat tanaman, sama ada tanaman hiasan di dalam ruangan rumah mahupun di halaman rumah, perlu memperhatikan hama yang mungkin hinggap dan merosakkan tanaman. Sebab, nutrien tanaman boleh diserap oleh hama yang membuat tanaman mengganggu proses pertumbuhan atau mungkin boleh meyebabkan tanaman anda mati. Salah satu hama yang kerap mengganggu tanaman adalah kutu putih.
Kutu putih pada tanaman akan kelihatan seperti serat kapas putih atau serangga kecil berkumpulan berwarna putih yang melekat pada daun atau dinding batang. Jenis hama yang merupakan kumpulan serangga Coccoidea ini pada umumnya menyerang tanaman hiasan dan tanaman yang ada di halaman rumah.
Ukuran kutu putih beranggaran antara 1 hingga 4 milimeter, dengan panjang bergantung pada usia dan spesiesnya. Untuk tanaman di halaman rumah, kutu putih biasanya hidup berkoloni. Untuk membasmi kutu putih pada tanaman, ada beberapa hal yang boleh anda lakukan. Namun demikian, anda tidak perlu menggunakan racun serangga yang dikeluarkan oleh kilang.
Berikut beberapa cara semula jadi untuk membasmi kutu putih pada tanaman.
1. Air dan minyak semambu
Dipetik dari The Spruce, anda boleh membasmi koloni kecil kutu putih cukup dengan hanya menyembur air. Gunakan hos atau semburan untuk menghilangkan kutu putih pada batang atau daun tanaman. Kemudian, semburkan minyak semambu atau neem oil ke bahagian tanaman yang mempunyai kutu putih. Minyak semambu tidak akan menarik perhatian lebah, menjadikan idea ini selamat untuk ekosistem halaman rumah anda.
2. Kawalan semut
Menurut artikel daripada Hunker, kutu putih mengeluarkan sejenis bahan melekit yang menarik perhatian semut ke bahagian tanaman yang terjejas. Jika semut hadir di situ, maka akan mencegah predator semula jadi yang menghampiri kutu putih secara efektif. Tidak cuma itu, semut seringkali ‘membawa’ kutu putih dan membawanya ke tanaman yang lain, menyebabkan tersebarnya masalah hama. Pengawalan semut akan membantu membasmi kutu putih sekaligus menghentikan penyebaran kutu putih ke tanaman lain yang masih tidak terjangkiti. Ada banyak cara untuk mengendalikan semut secara semula jadi dan efektif.
Pertama, semburkan tanaman yang terkesan dengan air. Ini akan membilas cecair melekit dan dapat membantu mencegah semut tertarik ke kutu putih. Kemudian, tuang air mendidih ke sarang semut. Ini akan meruntuhkan sarang semut dan mematikan semut. Jika aktiviti semut berlanjutan, lakukan lagi proses ini berulang kali.
Taburkan tanah diatom dalam lingkaran di sekitar pangkal tanaman. Semut mati setelah merangkak melalui tanah diatom. Ulangi langkah tersebut setiap kali setelah hujan kerana hujan akan membilas tanah diatom.
3. Buat racun serangga
Untuk jangkitan kutu putih yang lebih luas, mebasmi dengan cara membuat semburan racun serangga buatan sendiri. Racun ini dapat membasmi dan membunuh kutu putih dan banyak hama bertubuh halus lainnya, termasuk kutu daun dan lalat putih. Pertama, tuang 4 sudu teh sabun cuci pinggan cair ke dalam botol semburan. Tambahkan 1 liter air. Kemudian, kacau rata.
Semburkan racun sabun ini terus pada kutu putih. Sabun akan terus membunuh ketika terkena kutu putih. Lapiskan semua bahagian tanaman yang terjangkiti. Bilas tanaman dengan air bersih setelah beberapa jam. Ulang proses semburan jika anda melihat aktiviti kutu putih masih berlaku.
Sumber- The spruce