Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi peringatan kepada orang ramai untuk berhati-hati dalam membuang sampul surat atau bungkusan yang mengandungi maklumat peribadi setelah melakukan pembelian secara atas talian.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob, ianya bagi mengelakkan maklumat pembeli seperti nama, nombot telefon dan alamat rumah digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab bagi memperdayakan pembeli.
”Ingin diingatkan kepada orang ramai untuk sentiasa berhati-hati apabila membuang smapul surat atau bungkusan yang ada mengandungi maklumat peribadi mereka.
”Pastikan pembuangan dibuat dengan cara yang selamat bagi mengelakkan maklumat tersebut digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk melakukan penipuan,” kata beliau.
Pada masa yang sama, beliau turut mengingatkan agar orang ramai memeriksa terlebih dahulu barangan yang dibeli sebelum melakukan pembayaran kerana merupakan takstik scammer dalam menipu mangsa.
Sumber: Twitter @PDRMsia