Tidak akan terlambat walau sesaat, kematian itu akan dilalui oleh setiap makhluk yang bernyawa tanpa mengira masa dan tempat. Yang menjadi persoalan bila, di mana dan bagaimana kematian itu berlaku, ia kekal menjadi rahsia Allah.
Namun, sebagai hamba-Nya, menjadi satu keperluan untuk kita melengkapkan diri dengan ilmu sekiranya terdapat ahli keluarga sedang berhadapan dengan saat-saat di ambang kematian atau berada dalam keadaan nazak.
Lima perkara yang perlu dibuat jika terdapat ahli keluarga yang meninggal dunia ini penting untuk diketahui sebagai panduan dalam menguruskan jenazah dari detik saaratul maut menjemput sehingga ke tempat istirahat abadi.
Sakaraul maut akan dilalui setiap makhluk
Lengkapkan diri jika terdapat ahli keluarga berhadapan dengan ambang kematian
1. Ajarkan kalimah ‘Laailahaillallah’
2. Tutup mata, mulut dan qiamkan jenazah.
3) Menutup seluruh jasad si mati dengan kain
4) Letakkan jenazah di tempat yang baik
5) Menghubungi pihak berwajib
Sentiasalah ke masjid dan bergaul dengan mereka agar tidak menelefon sewaktu kematian sahaja..
Sumber: Dr. Nur Mohammad Hadi Zahalan (Hadi Almaghribi) via Twitter @KonsortiumWakaf