Seorang lelaki berkongsi rasa sedih dan kekecewaannya di lama Reddit selepas ‘diejek’ oleh bakal ibu mentuanya kerana cincin pertunangan yang dibelinya didakwa terlalu murah.
Menurut laporan Mirror UK, cincin pertunangan yang dibeli lelaki berkenaan berharga £2,200 (RM11,980). Bagaimanapun cincin berkenaan dipulangkan semula oleh teman wanitanya dan kekasihnya itu meminta dia untuk menukarkan cincin berkenaan dengan satu lagi cincin berharga £7,500 (RM40,843).
Dengan rasa kecewa, lelaki berkenaan berkenaan mendedahkan bahawa dia berkongsi masalah tersebut di Reddit kerana mahukan pandangan dari pengguna yang lain sama ada dia memang bersalah dalam hal tersebut dan perlu atau tidak dia memenuhi permintaan teman wanitanya.
”Saya dan teman wanita telah berbincang tentang pertunangan sejak tahun lepas. Saya mempunyai kerjaya yang baik dan mampu membeli cincin pertunangan yang mahal.
”Justeru, saya menggunakan Peraturan 10 peratus dimana mengikut peraturan tersebut, saya patut membelanjakan sekitar 10-11k untuk sebentuk cincin.
”Bagaimanapun, kedua-dua ibu bapa, adik-beradik dan beberapa orang sepupu saya terjejas teruk akibat COVID-19 yang melanda dunia ketika ini.
”Jadi, buat sementara waktu saya menghulurkan bantuan kewangan untuk membantu mereka. Lebih-lebih lagi saya menanggung kakak saya yang kehilangan kerja baru-baru ini.
”Malah, syarikat saya baru-baru ini mengumumkan bahawa bakal memberhentikan sekitar 150 orang staf. Walaupun saya yakin saya bukan sebahagian daripada perancangan tersebut, namun saya tidak mahu terlalu yakin.
”Jadi, saya mengambil keputusan untuk membeli cincin berharga sekitar 3k sahaja dan teman wanita saya pada awalnya sangat gembira dengan cincin tersebut.
”Namun, setelah dimaklumkan kepada ibunya, dia mula berubah. Ibunya berkata cincin tersebut terlalu murah dan saya cuba merendah-rendahkan harga dirinya.
Menurutnya, teman wanitanya tidak bekerja dan dia memberikan £450 (RM 2,450) sebulan kerana teman wanitanya itu membantu menguruskan rumahnya.
Dia turut merasa kecewa kerana ibu teman wanitanya tidak mengambil kira situasi ekonomi semasa dan masih mahukan cincin tunang yang lebih mahal.
Rata-rata pengguna Reddit yang lain menasihatinya untuk berbincang semula dengan teman wanitanya dan tidak terburu-buru mengikut kehendak bakal ibu mentuanya.
Malah ada yang berpendapat melaburkan wang sehingga £7,500 untuk sebentuk cincin pertunangan bukanlah satu keputusan yang bijak.
Sumber: Mirror