Siakap Keli
Ripe jackfruit flesh in white plate on wooden table for tropical fruit or meat substitute concept.

Manfaat Dan Kesan Sampingan Dalam Buah Nangka Yang Perlu Di Ambil Tahu

Bagi sesetengah orang Malaysia, nangka bukanlah buah yang asing lagi. Selain boleh terus dimakan, nangka juga boleh diolah menjadi sajian bersama nasi. Bahkan, di luar negeri ada juga yang manfaatkan sebagai pengganti daging. Kandungan nutrien dalam nangka juga tak boleh dipandang rendah. Kandungan serat dalam nangka sangat tinggi. Dalam 100 gram nangka mengandungi sekitar 3 gram serat, 95 kalori, 2 gram protein dan 0.6 gram lemak.

Buah nangka juga mengandung vitamin, mineral, dan fitokimia, seperti berikut:

  • Vitamin C
  • Pyridoxine (vitamin B6)
  • Niacin (vitamin B3)
  • Riboflavin (vitamin B2)
  • Acid folat (vitamin B9)
  • Kalsium
  • Magnesium
  • Kalium
  • Fosfor.

Menurut pakar diet Mira Ilic, kombinasi potasium, serat dan antioksidan boleh memberi manfaat untuk kesihatan jantung. ” Nangka juga mengandungi flavonoid dan lignan, sebatian tanaman yang dapat membantu melawan peradangan,” ucap Ilic. Bahkan, nangka sudah lama digunakan untuk pengubatan tradisional, terutama sebagai antimikro dan antikulat.

Membantu mengawal kadar gula

Kandungan glikemis pada nangka tergolong rendah. DMengonsumsi makanan dengan kandungan indeks glisemik yang tinggi juga terbukti membantu mengawal kadar gula dalam darah. Selain itu, nangka mengandungi beberapa protein yang dapat membantu mencegah kadar gula dalam darah naik terlalu cepat setelah makan. Nangka juga mengandungi antioksidan flavonoid yang mampu menyeimbangkan kadar gula darah.

Kesan sampingan nangka

Meski pengambilan nangka banyak manfaatnya, beberapa orang dengan keadaan tertentu harus menghindarinya. Bagi orang yang alergik dengan lateks atau debungan sebaiknya jangan makan nangka. Nangka juga mengandungi potasium tinggi, yang boleh membahayakan mereka yang menghidap penyakit ginjal kronik (PGK) kegagalan buah pinggang.

Orang dengan keadaan ini dapat mengalami hiperkalemia jika mengambil terlalu banyak kalium. Hiperkalemia adalah pengumpulan kalium dalam darah yang dapat menyebabkan kelemahan, kelumpuhan dan serangan jantung.

Sumber- Healthline

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.