Memelihara dan merawat haiwan peliharaan di rumah seperti kucing, anjing, ikan hiasan dan sebagainya mungkin jadi suatu hal yang menyenangkan bagi setiap pemilik haiwan peliharaan. Selain itu, memiliki haiwan peliharaan juga mampu untuk menghalau rasa sunyi seseorang, sekaligus menjadi sebahagian dari keluarga atau sahabat sejati di rumah. Namun, tahukah anda kalau masih banyak manfaat yang ada dalam kegiatan memelihara haiwan peliharaan di rumah?
Berdasarkan dari beberapa sumber, ada banyak manfaat kesihatan memiliki haiwan peliharaan, khususnya anjing atau kucing yang dapat memberi peluang untuk berolahraga, keluar rumah dan bersosial. Berjalan atau bermain secara teratur dengan haiwan peliharaan yang aktif bermain dapat menurunkan tekanan darah, kadar kolesterol, dan trigliserida.
Dalam sebuah penelitian, Harold Herzog, yang merupakan seorang pakar psikologi dan profesor pencinta haiwan peliharaan di Western Carolina University menyatakan sebahagian manfaat kesihatan yang jelas dalam memelihara haiwan peliharaan. “Tingkat kelangsungan hidup lebih tinggi, mengurangkan risiko serangan jantung dan kesepian, tekanan darah dan kesejahteraan psikologi jadi lebih baik, tahap tekanan perasaan dan stress lebih rendah, berkunjung ke pusat kesihatan juga kurango, peningkatan harga diri, tidur yang lebih baik dan lebih banyak aktiviti fizikal,” jelas Herzog.
Haiwan peliharaan memberikan sokongan sosial
Haiwan peliharaan memberikan sokongan sosial dengan menjadi kawan terbaik tuannya. Kebanyakkan orang merasakan bahawa mereka dapat berhubung dengan haiwan peliharaan mereka dan bahkan memiliki kepribadian yang hampir sama.
Misalnya, orang yang lebih aktif mungkin memilih anjing yang energetik dan ikatan di antara mereka akan menjadi cukup kuat. Haiwan peliharaan juga memberikan sokongan sosial dengan membantu pemiliknya bertemu dengan teman baru. Misalnya, berbual soal haiwan peliharaan boleg menjadi pembuka bicara sekaligus berbagi pengalaman yang baik saat bertemu dengan jiran tetangga, kawan sekelas atau rakan kerja baru.
Haiwan peliharaan menawarkan cinta tanpa syarat
Jika anda mempunyai haiwan peliharaan, setiap pemiliknya akan tahu apa itu cinta sejati. Jika dirawat dan dijaga dengan baik, maka haiwan peliharaan boleh jadi sangat mempedulikan pemiliknya dan pemiliknya akan selalu bererti dalam hidup mereka.
Meskipun seseorang merasa tidak stabil dalam hubungan antara manusia, anda tidak perlu mempersoalkan hubungan anda dengan haiwan peliharaan. Meskipun kamu memiliki haiwan peliharaan yang lebih tenang seperti ikan hias atau burung, kamu perlu yakin bahawa mereka menyayangi anda seperti halnya anjing atau kucing yang suka dibelai.
Mereka mungkin menunjukkannya kasih sayang mereka dengan cara yang berbeza, tetapi itu tidak membuatnya tidak nyata. Haiwan peliharaan juga merupakan contoh bagaimana mencintai dan manyayangi dengan lebih baik.
Manfaat memelihara haiwan peliharaan di rumah bagi anak-anak
Ada beberapa manfaat yang didapatkan dengan memelihara hewan untuk anak-anak, antara lain:
Membantu anak belajar
Kebanyakkan para pendidik mengetahui bahawa memiliki anjing peliharaan(yang bukan muslim) sangat membantu perkembangan belajar dari anak keperluan khusus. Anak-anak juga paling santai saat berada di sekitar haiwan, bukan manusia.
Mengajarkan anak rasa tanggung jawab dan kasih sayang
Dengan secara langsung dalam mengurus peliharaannya, anak akan menyedari bahawa haiwan peliharaan, sama seperti manusia. Di mana haiwan peliharaan juga memerlukan makanan, tempat tinggal, olahraga dan kasih sayang. Ini dapat mengajar mereka betapa berharganya sebuah empati dan kasih sayang.
Membuat anak lebih percaya diri
Anak-anak yang memiliki haiwan peliharaan di rumah memiliki kepercayaan diri yang lebih tinggi. Hal ini kerana kanak-kanak memiliki makhluk berkaki empat (atau berkaki dua) untuk dicintai dan yang mencintai mereka apa adanya. Selain itu, menganggap haiwan peliharaan sebagai seorang kawan untuk meluahkan perasaan yang tidak akan pernah menghakimi sekaligus teman bermain ketika berseorangan.
Sumber- Kompas.com