Bagi sesiapa yang bekerja sebagai rider penghantar makanan seperti Food Panda atau Grab Food, mereka bertungkus lumus bekerja siang dan malam bagi memastikan makanan yang dipesan sampai ke destinasi dengan cepat. Dalam kesibukannya bekerja, kadangkala mereka hampir lupa dan tiada masa untuk makan.
Walaupun kadangkala mendapat pelbagai karenah daripada orang yang memesan makanan, mereka tidak mengeluh dan meneruskan pekerjaan demi mencari rezeki yang halal.
Baru-Baru ini pemilik kedai The Hashtag Burger di Kota Damansara berkongsi di halaman Facebooknya, “Kesian gais… mereka sibuk menghantar makanan orang sampai mereka sendiri tak sempat makan.gaiss…”
Menurutnya, rider penghantar makanan ini seharusnya mendapat saguhati iaitu sebiji burger kerana telah bersusah payah menghantar makanan dalam keadaan cuaca yang tidak menentu.
Sementara itu, ramai juga netizen yang berbangga dan beri pujian kepada pemilik kedai The Hashtag Burger dan mendoakan beliau sentiasa dimurahkan rezeki.
Kredit: Muhammad Jeffrey