Menyayat hati, seekor kucing ditemui mati tersepit angkara perbuatan kianat di hadapan sebuah bank di Taman Tampoi Utama awal pagi tadi.
Menerusi laman Facebook, Persatuan Haiwan Malaysia dalam satu kenyataan memberitahu, kejadian tersebut disedari orang awam pada pukul 3 pagi sebelum memaklumkan kepada pihak persatuan ini.
Dalam kenyataan ini memaklumkan bahawa kucing tersebut mati akibat tersepit pada pintu ‘roller shutter’ bank berkenaan.
Kejadian seekor kucing mati tersepit di Roller Shutter sebuah bank ada unsur khianat.
Kes kematian ini seolah-olah sengaja dilakukan dengan cara menahan kucing sewaktu roller shutter sedang turun perlahan untuk menutup pintu ruang atm.
Kucing tidak akan tunggu di satu lokasi jika berlaku bunyi bising. Sudah tentu bunyi roller shutter kuat sewaktu turun akan memeranjatkan kucing dan kucing akan berlari pergi. Seolah-olah badan kucing sengaja ditahan hingga leher kucing tersepit.
Animal Malaysia terima laporan pagi tadi sekitar jam 4.30 pagi. Kejadian berlaku di sebuah bank di Taman Tampoi Utama, Johor Bahru Johor dan disedari orang awam sekitar jam 3.00 pagi.
Selain mengharapkan CCTV daripada pihak bank untuk menyaksikan kejadian sebenar. Mana-mana individu yang ada melihat kejadian sewaktu pintu roller shutter tertutup diminta rancang tindakan menjejak pelaku dengan berkongsi maklumat kepada Animal Malaysia di www.wasap.my/+601120901097 segera.
Kejadian sememangnya berlaku jam 12.00 tengah malam sesuai waktu penutupan shutter secara automatik. Setiap bank akan menutup pintu shutter di atm bermula jam 12.00 malam dan hanya akan membukanya semula jam 6.00 pagi.
Tindakan pantas dan kerjasama boleh memberi keadilan kepada kucing jika benar dizalimi.
Sumber: Persatuan Haiwan Malaysia