Siakap Keli

(Video) Aksi Anggota APM Tarik Ular Sawa Batik Gergasi ‘Lepak’ Di Tingkap Rumah

Sebuah video memaparkan aksi Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang menangkap seekor ular sawa bersaiz besar, mendebarkan ramai warga net.

Menerusi video berdurasi 40 saat yang dimuatnaik oleh seorang individu di Twitter, ular sawa berkenaan dilihat ditarik daripada tingkap bilik oleh dua orang anggota APM.

Anggota yang bergelut menarik reptilia berkenaan, berjaya mengeluarkan ular sawa itu daripada tingkap sebelum kedengaran suara wanita yang menjerit ketakutan.

Difahamkan, ular sawa berkenaan bersemunyi di atas gerigi tingkap sebelum disedari oloeh pemilik kediaman. Namun, lokasi kejadian tidak diketahui.

Tonton video di bawah:

 

Sumber: Twitter @JalalMisai_2

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.