Siakap Keli
Gambar via The Sun

(Video) Kecewa Jodoh Tak Kunjung Tiba, Viral Wanita Cari ‘Stok’ Lelaki Di Kedai Perabot

AUSTRALIA – Seorang wanita, Leesh Cunningham tular di media sosial apabila dirinya mencari calon suami di sebuah kedai menjual alat perkakasan rumah, Bunnings Warehouse. Kejadian tersebut dikatakan terjadi kerana wanita itu berasa putus asa malah tidak berjaya mendapatkan teman lelaki melalui sebuah aplikasi cari jodoh.

Menerusi video TikTok, Leesh Cunningham, 26 tahun dilihat sedang berkeliaran di setiap lorong kedai perkakasan rumah sambil bertanya kepada staf kedai tersebut sekiranya mereka mempunyai “stok” lelaki di situ.

@__leesh___

Opting for a more traditional approach to find a husband 😂 #bunnings #IntroVideo #fyp #humour #dating #funny #comedy #australia

♬ Up Beat (Married Life) – Kenyi

“Saya sedang mencari calon suami, mereka memberitahu ramai lelaki berada di sini,” katanya.

Staf yang bekerja di situ hanya melayan sahaja kerenah Leesh dan mengatakan kebiasannya mereka berada di kawasan hujung belakang sebelah kiri. Sebaik sahaja Leesh mengetahui hal itu, dirinya terus mencari tetapi hampa kerana tiada seorang lelaki yang muncul di kawasan tersebut. Dengan ini, Leesh terpaksa pulang ke rumah dengan perasaan kecewa dan hampa.

Walau bagaimanapun, videonya telah mendapat perhatian warganet sehingga rata-rata warganet meninggalkan beberapa tips dan nasihat untuk dirinya dalam mencari calon suami.

@__leesh___

Trip to Bunnings to find a husband part two! #bunnings #introvideo #fyp #humour #dating #funny #comedy #tradie #australia

♬ Up Beat (Married Life) – Kenyi

Sumber: The Sun

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia