Biasanya kita lebih kerap menggunakan aplikasi WhatsApp dalam urusan seharian, kan? Ia mudah, pantas, ‘ringan’ dan ramai pengguna.
Bagaimanapun kita tidak boleh menafikan kelebihan aplikasi pesaingnya, Telegram yang turut mempunyai fungsi yang hampir sama.
Walaupun WhatsApp nampak lebih ‘terkenal’, namun Telegram juga mempunyai pelbagai lagi fungsi yang ramai belum tahu.
Seorang warga Twitter, @littlesyaaa ada berkongsi tentang fungsi-fungsi lain Telegram baru-baru ini.
Mari ikuti bebenang ini.
simpan sini !
Function telegram yang ramai tak tau!!! pic.twitter.com/ejNY9kq8OG
— syawa✨ (@littlesyaaa) December 10, 2020
Dengan pandaibot ni korang boleh track parcel untuk semua kurier, check weather forecast, waktu solat, request quotes, cari link untuk menderma dan banyak lagi, okeh ! pic.twitter.com/jI0ks2qm8P
— syawa✨ (@littlesyaaa) December 10, 2020

kalau korang nak cari bacaan Al quran untuk semua surah, dalam bot ni ada. korang boleh pilih nak surah mana dan reciter mana. Malaysia punya reciter pun ada tau. pic.twitter.com/DepSEptecM
— syawa✨ (@littlesyaaa) December 10, 2020

Jangan terkejut, nak belajar tulisan Jawi pun boleh di Telegram ye.
Jawi ni seni tulisan, jadi semua orang boleh belajar, masukkan je perkataan dalam bahasa melayu. bot ni akan auto generate dalam tulisan jawi. pastikan guna bahasa melayu baku tau kalau tak nanti bot tak boleh detect. pic.twitter.com/kL6kprwLoX
— syawa✨ (@littlesyaaa) December 10, 2020

haa yang ni untuk convert any files yo pdf. Gambar, text, words semua boleh. pic.twitter.com/yt2E6hCEk0
— syawa✨ (@littlesyaaa) December 10, 2020

Lepas ini tak perlu susah-susah gabungkan fail PDF di Google. Guna saja Telegram. Pasti ‘settle’.
pdf bot untuk merge/gabungkan pdf files jadi satu file pic.twitter.com/7w2O4jYaKM
— syawa✨ (@littlesyaaa) December 10, 2020

Agak-agak kalau ‘tak berapa rajin’ nak menaip, guna saja suara anda. Canggih pun canggih kan?
voicy untuk convert kan suara to text. serious function terok kalau korang malas nak type bagai. sebelum cakap tu, pilih language yang kita nak cakap tu dulu , baru senang dia nak detect. pic.twitter.com/UN0jx85Eoh
— syawa✨ (@littlesyaaa) December 10, 2020

Sementara itu beberapa netizen lain turut berkongsi pelbagai lagi fungsi Telegram seperti yang digunakan mereka sendiri.
Menariknya di bawah ini, kita boleh tetapkan masa waktu bila nak mesej itu dihantar. Ini sangat membantu bagi mereka yang ingin jadi orang pertama yang hantar ucapan ‘Selamat hari lahir’.
Telegram boleh set pukul berapa kita nak hantar text kat sekian2 orang. Ex aku buat kat aku. Sebab tu dia ex pic.twitter.com/5fzSLCOefg
— Lala (@ciklala26) December 11, 2020

‘Rimas’ dengan notifikasi setiap kali orang lain guna Telegram? Boleh saja tukar tetapannya.
Guys mcm mana nak hilang kan orang yg join je masuk notify kat tele kita? Setting ke cemana ?💔💔😭😭 pic.twitter.com/c9ddUTLxke
— 𝐹𝒶𝓇𝒶𝒽 𝐻𝒶𝓃𝒾 (@FARAHHANIKASSIM) December 11, 2020
Settings>Notifications and sounds>New contacts(Off kan dia!) pic.twitter.com/h9YSrXMjcG
— Nurul Qistina Amani (@nrlqistinaamani) December 11, 2020
Boleh juga buat fail. Senang nak simpan segala benda dalam tu, kan? Dah boleh jimat ‘storage’ dalaman telefon kita.
telegram jugak boleh create folder macamtu🤗 pic.twitter.com/r9tr61Qoi5
— taty (@tytot15) December 11, 2020
Kalau malas tulis kat buku just tulis kat bot ni jer tulisan dia Sama dengan tulisan tangan pic.twitter.com/4524Tww0Gl
— ♡ (@blackfriess_) December 10, 2020
Nak pasang ‘alarm’ waktu solat tapi ‘storage’ telefon penuh? Jangan risau.
Telegram ada solusinya.
Kalau storage dah full sangat, nak install apps solat pun takleh boleh try My Waktu Solat ni. Semoga bermanfaat ❤️🤟🏻 pic.twitter.com/pALxzOx3gE
— Ain X Kayman Beauty ❤️ (@nihoneyyyy) December 11, 2020

Telegram juga menjadi ‘lubuk’ pelbagai group untuk kegunaan warganet sebagai ‘perpustakaan’ maya mereka.
Pelbagai ilmu boleh dicari di sini.
byk jg grp brmanfaat utk yg msi student! Kbnyakkan grp yg sy join grp @thespmnetic 🥰 all people in this group help each other to solve questions! Trmsk guru2 slruh Malaysia.👍 pic.twitter.com/xaVhCI8TED
— babyboo (@eliavool) December 11, 2020
Hmpir smua spmnetic’s grp sbb mmg byk notes kna share😂 subscribers drg mmg lbih 10k la. More surprise to know admin dia ad yg bru sklh menengah. Dgr2laa. Klau btul mmg hebat! pic.twitter.com/gOBk06itHz
— babyboo (@eliavool) December 11, 2020
Boleh juga memuat turun lagi daripada Youtube.
YTA Bot.
Kalau untuk ios user nak download any lagu dari youtube untuk dengar saje2 or untuk letak lagu dalam video, copy je link dkt youtube lepastu share dkt telegram YTA Bot.
Pastu download ☺️ pic.twitter.com/yBoGmlCYQb
— ering. (@walnutdoughnut) December 11, 2020
Untuk carik lirik lagu pic.twitter.com/bxJ0PWVqj9
— Wawawax | shawl cotton eyelash (@youcloudsrainn) December 11, 2020

Kalau nak carik lagu pic.twitter.com/ldHokgqKw0
— Wawawax | shawl cotton eyelash (@youcloudsrainn) December 11, 2020
Bosan dengan ‘layout’ yang sama? Tiada masalah, ubah sajalah tema itu mengikut citarasa anda sendiri.
Ni kalau nak carik theme untuk telegram ;3 pic.twitter.com/1BdAM5hoZG
— Wawawax | shawl cotton eyelash (@youcloudsrainn) December 11, 2020
boleh apply theme untuk ios dan android pic.twitter.com/YCX2N9pQjq
— 𝓮𝓵𝓷𝓪𝓺𝓲𝓾 (@elnaqiulahh) December 11, 2020

Suka video-video di Tiktok dan nak simpan? Guna saja Telegram pun boleh.
HK tiktok Dl senang nak save video or audio kat tiktok pic.twitter.com/O0qQMMGWjW
— A. (@axtxnn_) December 11, 2020
Pinterest Downloader & Instagram Tools Bot
Boleh download any video dekat pinterest, ig post, ig tv.
Taip /start & follow next instructions. pic.twitter.com/F2W2G8jqkG
— ✨ (@khalsyafiqa) December 11, 2020
Macam biasa, Telegram mempunyai fungsi group dan channel bagi siaran pelbagai ilmu, informasi dan maklumat.
kpd siapa tgh pening nak buat abm apa boleh masuk grp ni , sangat membantu ye 🥰🥰👍🏼 pic.twitter.com/qmFozsjRa9
— ainazira (@psstainazira) December 11, 2020
Sumber: Twitter @littlesyaaa