Siakap Keli
Gambar via Himaya

Himaya, Pelitup Muka Premium & Mudah Dipakai Dengan Hijab Dilancarkan Di Pasaran

KUALA LUMPUR (14 DISEMBER 2020) – Anggun Kirana Sdn Bhd telah mengambil peluang dalam melancarkan jenama pelitup muka premium khusus kepada golongan wanita bertudung yang dikenali sebagai Himaya. Pelancaran telah berlangsung di Hotel Hilton Kuala Lumpur dengan menjalinkan kerjasama dengan selebriti tanah air yang turut merupakan pelakon dan pengacara iaitu Elfira Loy.

Himaya merupakan pelitup muka perubatan (3 lapisan) yang diperbuat daripada fabrik perubatan yang premium malah berkualiti tinggi. Ini akan menghasilkan keupayaan dalam penyerapan serta keselesaan yang lebih baik di samping mengurangkan iritasi. Ia didatankan dengan dua pilihan warna iaitu Love Latte (coklat lembut) dan juga Soft Olive (hijau pastel).

Gambar via Himaya

“Saya mendengar banyak respon daripada golongan wanita bertudung yang mengatakan kesukaran mereka untuk mendapatkan pelitup muka yang mudah digunakan.

“Kebiasaannya pelitup muka perlu dipakai dengan menggunakan sambungan (mask extender) dan ia menjadi rumit sekiranya mereka tidak memilikinya,” kata pemilik jenama Himaya, Anggun Kirana Sdn Bhd menerusi Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dato’ KK Chua.

Gambar via Himaya

Tambahnya, terdapat beberapa kelebihan pada pelitup muka premium Himaya di mana ia mempunyai dawai besi yang mudah dilenturkan mengikut kesesuaian. Fabrik ‘non-woven’ yang dapat mengurangkan iritasi apabila memakai pada tempoh yang lama. Malah, ia mempunyai perlindungan tambahan daripada bakteria, asap, titisan cecair dan debu.

Dato’ KK Chua juga mengharapkan pelancaran pelitup muka premium Himaya dapat menyasarkan jualan sehingga 100,000 kotak sebulan di seluruh negara dan merancang ingin mengeksport produk Himaya ke negara jiran.

Oleh itu, kaum wanita boleh mendapati pelitup muka premium Himaya di semua cawangan farmasi Watson dan Caring di seluruh Malaysia dengan harga yang berpatutan.

Gambar via Himaya

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.