Siakap Keli
Gambar : Google

Kenapa Kebanyakkan ‘Swimming Pool’ Guna Jubin Kecil Warna Biru? Ini Alasannya

Apabila tibanya musim panas, ramai ahli keluarga memilih untuk bercuti ke tempat-tempat yang sejuk seperti di hotel, resort, chalet dan sebagainya. Mereka lebih memilih tempat penginapan seperti berikut kerana terdapat banyak kemudahan-kemudahan yang disediakan yang mampu menarik perhatian anak-anak dan ahli kelurga yang lain. Antara kemudahan yang disediakan ialah kolam renang. Bagaimana buatan kolam renang mampu menarik perhatian orang ramai? Mari kita lihat.

Kolam renang yang biasa disediakan di kebanyakan tempat ialah kolam renang konkrit. Kolam renang jenis ini mempunyai peratusan sebanyak 60% yang dibina sekarang berbanding dengan kolam renang buatan lain yang dijual di pasaran. Kolam renang konkrit menjadi perhatian kerana keluasannya tanpa had limit kepada bentuk, ciri dan konfigurasi.

Selain itu, kolam renang yang menarik semestinya disebabkan pemilihan mozek dan jubin porselin.

Asal Usul Mozek Atau Jubin

Penggunaan mozek ini telah digunakan lebih 4000 tahun sejak dahulu. Penggunaan mozek yang pertama digunakan oleh masyarakat Yunani dalam karya seni mereka sekitar 400 S.M. Selain daripada itu, umat islam pada pada zaman dahulu juga telah menggunakan mozek ini untuk pembuatan masjid dengan pelbagai corak yang kompleks. Sebagai contohnya, kita dapat lihat masjid Taj Mahal di India dan juga masjid lain di seluruh Timur Tengah menggunakan kepelbagaian mozek mengikut kesesuaian warna yang mampu menarik perhatian pelancong untuk melawat masjid tersebut.

Pengunaan jubin diteruskan lagi sehingga ke sebelah barat. Pada abad ke-19, “Westminster Cathedral” telah dibina dan menghidukan seni bina mereka dengan kepelbagaian mozek sehingga wujudnya gerakan “Art Nouveau” pada tahun 1920-an dan masih berkembang sehingga sekarang.

Mengapa Guna Jubin Kecil?

Kebanyakan kolam renang direka khas dengan menggunakan jubin kecil. Ia terdiri daripada kaca atau jubin seramik. Penggunaan jubin kecil mampu mengilat permukaan curvilinear walaupun dari pelbagai tempat dan sudut. Pentingnya pemilihan jubin kecil pada kolam ini adalah supaya ia memberi penyerapan pada air. Ini adalah sebagai jaminan bahan tersebut dapat bertahan dengan lebih lama dan tidak menjadi rapuh. Di samping itu juga, jubin kecil kebanyakkanya berkualiti tinggi lebih tahan terhadap peluntur dan agen kimia lain.

Terdapat sesetengah kolam renang menggunakan jubin kecil dari porselin atau batu. Jubin porselin mudah untuk dipasang dengan beberapa pembersihan asas yang akan mengekalkan rupa bentuk yang lama. Saiz jubin kecil pada kolam renang akan memberikan sentuhan yang lembut pada kaki. Sekiranya kolam renang bersih dan tidak mempunyai kotoran, jubin kecil porselin tidak akan licin dan selesa untuk disentuh.

Di samping itu, pemilihan jubin kecil di kolam renang menjadikan reka bentuk kolam lebih menarik. Hal ini kerana corak dan hasil seni lebih mudah untuk dilakukan berbanding dengan pemilihan jubin besar.

Penggunaan Jubin Mozek Di Kolam Renang

Jubin mozek kelihatan menarik dan menunjukkan seni yang kreatif di dalam kolam renang. Pemilihan warna jubin mozek akan mempengaruhi air di dalam kolam renang. Kebanyakan kolam renang di luar sana memilih  jubin mozek berwarna biru sesuai dengan warna air asal. Kebiasaannya satu corak digunakan dalam kolam renang dan juga pada bahagian dindingkolam renang.

Kolam renang menggabungkan kepingan jubin kecil untuk membuat rekaaan yang lebih menakjubkan. Hakikatnya, corak dan batasan jubin kolam renang bergantung pada imaginasi anda.

sumber : mozzaico.com

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.