Siakap Keli
Gambar via Daily Mail

Lelaki Alami Detik Ngeri, Dakwa ‘Diserang’ Ular Tidak Berkepala Ketika Berjalan Di Pantai

CANBERRA – Seekor ular tanpa kepala dirakam seakan-akan menyerang seorang lelaki Australia dan anjingnya di sebuah pantai.

Lelaki yang tidak dinyatakan identiti itu menemukan seekor ular laut tanpa kepala ketika sedang bersiar-siar di kawasan pantai. Kejadian tersebut membuatkan dirinya bertindak untuk memukul ular tersebut menggunakan raket tenis.

Walau bagaimanapun, tidak dapat disangkakan haiwan reptilia tersebut masih bergerak malah mengeliat ketika disentuh dengan raket tenis. Reptilia tersebut tetap berusaha untuk mempertahankan diri dan melarikan diri meskipun ia tidak lagi mempunyai kepala.

Menurut laporan, kepala ular itu disyaki terputus di mana beberapa pengguna media sosial mendakwa ia menjadi mangsa seekor burung sebelum dijatuhkan ke pantai.

Namun begitu, terdapat sebilangan ular yang boleh hidup selama beberapa jam walaupun tidak mempunyai cranium (tengkorak). Hal ini kerana, ular tidak memerlukan kadar oksigen yang tinggi untuk dibawa ke otak berbanding haiwan lain.

Sumber: Daily Mail

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.