Siakap Keli
Gambar via Daily Mail

Lelaki Ditimpa Nasib Malang, Hidung Cedera Digigit Ketika Cuba Cium Kuda

MOSCOW – Seorang lelaki Rusia didakwa sedang dalam keadaan mabuk cedera pada hidung akibat digigit oleh seekor kuda di bandar St Petersburg.

Laporan dari Fontanka.ru, kejadian tersebut berlaku apabila lelaki yang berusia 25 tahun itu bertindak untuk mencium seekor kuda sehingga ia memberi tindak balas terhadap haiwan tersebut.

Lelaki tersebut didakwa melakukan perbuatan pelik itu selepas dirinya gagal memikat seorang wanita untuk menunggang kuda bersama. Walau begitu, lelaki bernasib malang itu segera dikejarkan ke hospital yang berdekatan untuk melakukan pemeriksaan lanjut.

Menurut Daily Mail, tindakan kuda tersebut membuatkan mangsa mengalami kecederaan dan kehilangan sebahagian hidungnya selepas digigit.

Sekeping gambar dikongsi di media sosial Telegram yang menunjukkan keadaan hidung lelaki berkenaan yang dibalut kain kasa setelah menjalani pembedahan pada bahagian hidung.

Gambar via Daily Mail

Sumber: Daily Mail

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.