Siakap Keli
Gambar via thenews.com

Macam Dalam Drama, Wanita ‘Psiko’ Didakwa Sanggup Palsukan Kehamilan Demi Dapatkan Duit

SCOTLAND – Seorang wanita didakwa sanggup memalsukan kehamilannya dengan memakai alatan yang kononnya menampakkan dirinya seakan mengandung bagi memperdayakan seorang lelaki. Wanita tersebut dikatakan melakukan perbuatan tersebut selama sembilan bulan demi memperoleh wang daripada lelaki berkenaan bahkan juga ahli keluarga tersebut.

Tambahnya, wanita yang digelarkan ‘psiko’ itu pernah mengirimkan sebuah gambar katil bayi dan menuntut 300 pound (RM1618) daripada lelaki itu.

Bukan itu sahaja, laporan mengatakan wanita itu enggan lelaki tersebut terbabit dengan kehidupan bayi berkenaan. Bahkan, dirinya juga memaklumkan bahawa dirinya telah mengalami keguguran.

Malah, wanita itu dengan berani menghubungi ibu kepada lelaki tersebut dan menunjukkan gambar imbasan palsu yang didakwa adalah bayinya. Dirinya turut menuduh bahawa anaknya tidak ingin menghadiri temu janji atau menyokong dirinya sepanjang mengandung.

Menurut Metro. UK, dirinya memberitahu keluarga lelaki tersebut bahawa dirinya sepatutnya memiliki bayi tersebut pada 28 Mac tahun ini dan berhasrat untuk memberikan nama Noah.

Pendakwa raya mengatakan, awalnya wanita terbabit muncul di tempat kerja saudara lelaki itu dengan memakai alatan di perutnya dan mengatakan bahawa lelaki itu perlu bertanggungjawab atas bayi di dalam kandungannya.

Sumber: Metro UK

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.