Dengkuran terjadi ketika tisu saluran pernafasan bahagian atas bergetar, membuat mereka bernafas dengan bunyian ketika tidur. Ini adalah masalah umum yang mempengaruhi kebanyakan orang pada suatu waktu selama hidup mereka. Dengkuran sering kali dianggap sebagai masalah yang remeh. Tapi hati-hati, ada kalanya dengkuran menandakan adanya masalah kesihatan yang lebih serius.
Semasa terjaga dari tidur, jaringan di kerongkong dan saluran penafasan bahagian atas terbuka dan udara masuk ke paru-paru dengan mudah bagi kebanyakan orang. Sedangkan ketika tidur, tisu lembut dan lidah menjadi tenang. Sehingga, sebahagian boleh menghalang laluan pernafasan. Jika udara yang masuk dan keluar dari laluan nafas bertemu dengan halangan, getaran akan berlaku sehingga menyebabkan dengkuran.
Faktor yang menyebabkan berlakunya dengkuran:
- Merokok
- Minum alkohol
- Menggunakan penekan atau penenang otot
- Tidur telentang
- Sesak nafas akibat kesejukkan atau alergik
- Septum yang menyimpang atau ciri struktur lain
- Pertengahan usia
- Lelaki
- Semasa hamil
- Genetik yang mempengaruhi struktur mulut dan kerongkong
Menurut American Academy of Sleep Medicine, 40% lelaki dewasa dan 24% wanita dewasa mengalami dengkuran secara teratur. Dengkuran lebih sering terjadi ketika di pertengahan usia, sementara lelaki yang berusia di atas 70 tahun memiliki kemungkinan untuk berdengkur yang cenderung lebih kecil daripada lelaki yang berusia lebih muda. Penelitian juga menunjukkan, orang yang berdengkur lebih cenderung mempunyai fizikal kegemukan, stress dan kadar HDL atau kolesterol baik rendah.
Sleep apnea
Ngorok adalah salah satu gejala sleep apnea. Seseorang yang mengalami kondisi ini mungkin tampak berhenti bernapas untuk beberapa saat ketika mereka tidur, kemudian mengeluarkan suara tersedak atau terengah-engah. Ada dua jenis apnea, yaitu obstructive sleep apnea melibatkan penyumbatan struktural. Jenis sleep apnea ini sering dikaitkan dengan mengorok. Sementara itu, central sleep apnea disebabkan oleh masalah pada sistem saraf pusat yang mengawal pernafasan. Jenis apnea tidur ini tidak terkait dengan dengkuran.
Selain dengkuran keras, penghidap sleep apnea juga kemungkinan akan mengalami ngantuk di siang hari, insomnia, sakit kepala di pagi hari dan susah untuk menumpukan perhatian, mudah lupa, cepat marah serta gairah seks yang rendah. Umumnya sleep apnea memiliki kaitan dengan keadaan kesihatan lain seperti hipertensi, kegagalan jantung kongestif, hipotiroidisme atau masalah yang berkaitan dengan sistem saraf. Beberapa penelitian menunjukkan bahawa sekitar 50% orang dengan hipertensi berkemungkinan akan mengalami sleep apnea. Pakar juga percaya, sleep apnea boleh meyumbang kepada tekanan darah tinggi.
Cara menghilangkan dengkuran tanpa ubat
Terdapat beberapa cara rawatan di rumah dapat membantu mengatasi masalah dengkuran.
1. Meredakan hidung tersumbat
Hidung tersumbat seringkali berlaku disebabkan oleh peradangan. Jika tak diatasi boleh menyebabkan dengkuran ketika tidur. Anda boleh menyiapkan pelembap ruangan atau mengubah posisi tidur untuk membantu mengurangkan sumbatan dan peradangan. Posisi tidur biasanya mempengaruhi berlakunya dengkuran. Cubalah mengganti posisi tidur telentang dengan beberapa posisi tidur lain seperti mengiring ke sisi, meninggikan bantal atau menggunakan bantal antidengkur untuk memperbaiki posisi leher.
2. Mengawal berat badan
Untuk penghidap obesiti, jaringan lemak dapat mengelilingi dan menyempitkan saluran pernafasan, sehingga menghalang aliran udara yang dapat menyebabkan seseorang itu berdengkur. Menurunkan berat badan dan mempertahankan berat badan berkadar dapat mengurangkan risiko berdengkur.
3. Bantuan peralatan oral
Alat oral yang dipasang khusus, sama seperti retainer atau pelindung mulut dapat membantu menjaga laluan pernafasan tetap terbuka dengan menggerakkan lidah dan rahang sedikit ke depan. Seorang doktor gigi terlatih khusus dapat merancang peranti ini untuk seseorang.
4. Berhenti merokok
Asap tembakau merupakan bahan merengsa yang dapat menyebabkan peradangan saluran tisu. Saluran pernafasan bahagian atas adalah bahagian yang sempit, sehingga peradangan dalam jumlah kecil pun dapat menghadkan aliran udara. Berhenti merokok adalah salah satu cara terbaik mengurangkan risiko dengkuran dan menurunkan kemungkinan penyakit dan keadaan lain.
5. Menghindari alkohol dan ubat penenang
Ubat yang berfungsi sebagai penenang bertujuan untuk mengendurkan otot, yang boleh mencetus berlakunya dengkuran. Alkohol juga bertindak sebagai tekanan. Setiap orang hanya boleh menggunakan alat bantu tidur preskripsi atau over-the-counter di bawah bimbingan doktor.
6. Menjaga kualiti tidur
Selalu menjaga kebersihan dan kenyamanan tempat tidur, serta konsisten menjaga waktu tidur. Pakar ada mengaitkan kurangnya tidur seseorang dengan penambahan berat badan, yang akhirnya dapat menyebabkan dengkuran.
Berjumpa dengan pakar atau doktor
Sangat sering dengkuran dan apnea dapat mengganggu tidur, menyebabkan kelitahan dan kesulitan untuk menumpukan perhatian. Kurang tidur juga dapat meningkatkan risiko beberapa masalah kesihatan mental. Jika anda mengalami dengkuran yang parah, terutama jika disertai dengan gejala lain, segeralah dapatkan nasihat doktor. Doktor dapat membantu menentukan penyebab yang menjadi punca anda berdengkur dan mereka mungkin menyarankan cara untuk menghentikan atau mengurangkannya.
Sumber- Medical news today