Siakap Keli
Kredit: Google

COVID-19: KKM Kesan Lapan Lagi Kluster Baharu, Terkini Antaranya Melibatkan Titiwangsa, Cheras, Kepong & Lembah Pantai

PUTRAJAYA, 16 Dis – Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan terdapat lapan lagi kluster baharu jangkitan COVID-19 dikesan hari ini, umum ketua pengarahnya, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Menurutnya, kluster pertama iaitu Kluster Puncak Galaksi merupakan kluster tempat kerja, dikesan di daerah Kuala Selangor dan Klang.

Kes dilaporkan positif bermula 14 Dis lalu melalui saringan bersasar di sebuah gudang dan setakat hari ini, 541 individu telah disaring dan 56 daripadanya dikesan positif.

Kluster kedua iaitu Kluster Bukit Punai dikesan di daerah Kota Kinabalu, Sabah. Kes indeks iaitu kes ke-79,203 dilapor positif COVID-19 pada 11 Dis lalu melalui saringan kemasukan ke wad.

Setakat hari ini, 22 individu telah disaring dan tujuh daripadanya dikesan positif COVID-19.

Kluster ketiga iaitu Kluster Tapak Bina Permai melibatkan daerah Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Kes dilapor positif bermula 16 Dis lalu melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan.

Setakat hari ini, sejumlah 1,087 individu telah disaring dan 48 daripadanya dikesan positif.

Selain itu, kluster keempat iaitu Kluster Tapak Bina Matahari merupakan kluster tempat kerja di daerah Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Kes didapati positif bermula 12 Dis lalu melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan dan setakat hari ini, sejumlah 778 individu telah disaring dan 15 daripadanya dikesan positif.

Kluster kelima iaitu Kluster Tapak Bina Laut merupakan kluster tempat kerja di daerah Lembah Pantai, Cheras dan Kepong, Kuala Lumpur.

Kes dikesan positif bermula 3 Dis lalu melalui saringan bersasar dan setakat hari ini, 542 individu telah disaring, 32 daripadanya dikesan positif.

Kluster keenam pula ialah Kluster Cahaya Mahsuri di daerah Johor Bahru, Kota Tinggi dan Pontian. Kes indeks iaitu kes ke-75,224 dilapor positif pada 8 Dis lalu melalui saringan individu bergejala.

Setakat hari ini, sejumlah 154 individu telah disaring dan 32 daripadanya dikesan positif.

Dalam pada itu, kluster ketujuh iaitu Kluster Seri Tasik pula dikesan di daerah Perak Tengah dan Kinta. Kes indeks iaitu kes ke-67,913 dilapor positif pada 2 Dis lalu melalui saringan sebelum pembedahan.

Setakat hari ini, sejumlah 27 individu telah disaring dan tujuh daripadanya dikesan positif.

Manakala kluster terakhir iaitu Kluster Inten dikesan di daerah Kuantan, Pahang. Kes indeks ialah kes ke-78,487 dilapor positif pada 10 Dis lalu melalui saringan individu bergejala.

Setakat hari ini, 204 individu telah disaring dan sembilan daripadanya disahkan positif.

Sumber: KKM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'