Siakap Keli
Gambar : Google

Hidup Walau Hanya Dua Kaki, ‘Rexie’ Si Kucing Viral Terkenal Dengan Mimik Muka Lucu

Kucing comel ini bernama Rexie tinggal di Yekaterinburg, Russia bersama dengan pemiliknya yang bernama Daria Minaeva. Kucing yang berusia 5 tahun ini hanya bergantung kepada dua kakinya sahaja untuk bergerak dan berjalan. Rexie mempunyai tulang belakang yang patah serta tidak dapat mengawal kedua kaki belakangnya. Walaupun hampir seluruh badannya lumpuh, kucing ini sering menghiburkan orang ramai dengan aksi, telatah dan juga mimik mukanya yang comel.

Daria Minaeva, pemilik kucing ini terjumpa Rexie di tepi jalan setelah dibuang oleh tuannya semasa Rexie masih kecil. Rexie dipercayai cedera akibat dilanggar kereta.

“Rexie tidak tahu ia kurang upaya. Dia sering melakukan aksi seperti kucing lain, kecuali ia tidak mampu untuk menggunakan pasir dan menggaru telinga. Mujur Rexie dijaga oleh manusia”, kata Daria selepas mengambil dan menyelamatkan Rexie di tepi jalan.

Gambar : Google

Justeru, dalam kelumpuhan Rexie, Rexie mempunyai keperibadian yang ceria, membuatkan dia mempunyai ramai pengikut di Instagram sehingga mencecah 615 ribu pengikut. Kebanyakan gambar di Instagram Rexie yang dimuat naik oleh Daria kesemuanya menunjukkan aksi comel seperti menjelir lidah, tersenyum, marah dan banyak lagi reaksi muka yang Rexie tunjukkan.

Setelah itu, Rexie telah diberi gelaran “Cat King of Bleps” kerana reasksi wajahnya yang sangat menghiburkan.

Rujukan

(1) Amy Bojo (2016) Cat Makes Do with Two and Loves His Life to the Fullest. Sumber dipetik daripada https://www.lovemeow.com/cat-makes-do-with-two-and-loves-his-life-to-the-fullest-1932388161.html

(2) Vardise (2018) Rexie Cat Inspiring Story – Disability Does Not Mean Inability. Sumber dipetik daripada https://vardise.com/blogs/news/an-inspiring-story-of-rexie-the-cat#:~:text=Rexie%20was%20adopted%20at%20the,different%20from%20any%20other%20cat!

(3) Themamamiaow (2020) Kucing Ini Menggegarkan Dunia Internet Kerana Ekspresi Wajahnya Yang Lucu. Sumber dipetik daripada https://themamamiaow.com/kucing-ini-menggegarkan-dunia-internet-kerana-ekspresi-wajahnya-yang-lucu/

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.