LONDON – Hanya kerana cinta, seorang lelaki dari selatan Scotland sanggup membeli jet-ski dan menunggangnya ke Isle of Man sejauh 40 kilometer yang dianggarkan lebih 4 empat jam perjalanan.
Walau bagaimanapun, lelaki tersebut yang berusia 28 tahun didakwa telah ditahan selama 4 minggu penjara kerana melanggar serta mengabaikan peraturan COVID-19 yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Susulan dengan pandemik COVID-19, pihak berkuasa telah membuat peraturan di mana bukan penduduk perlu memohon kebenaran terlebih dahulu untuk masuk. Sekiranya melanggar peraturan, individu boleh dihukum penjara hingga tiga bulan atau denda sehingga 10,000 euro (RM50,000).
Berikutan itu, laporan mengatakan dirinya telah membuat dua permohonan masuk, namun permohonan tersebut tidak diluluskan.

Menurut BBC News, dirinya tidak pernah menunggang jet-ski sebelum ini dikatakan telah bertolak dari Isle of Whitorn dengan jarak sejauh 40 kilometer. Kemudian, dirinya berjalan sejauh 25 kilometer untuk ke rumah kekasihnya di Douglas.
Encik Quayle berkata, “Saya berharap orang ramai memandang serius mengenai undang-undang dan peraturan yang ditetapkan dan menjadikan kejadian tersebut sebagai pelajaran.”
Sumber: BBC News