Siakap Keli
Gambar Via Google

TERKINI COVID-19: Dukacita Dimaklumkan, 7 Kematian Lagi Dilaporkan Hari Ini

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat sebanyak tujuh kes kematian dicatatkan hari ini.

Pertambahan tersebut menjadikan jumlah kes kematian akibat COVID-19 meningkat kepada 429 kes bersamaan 0.5 peratus.

Berikut merupakan perincian bagi kes kematian hari ini.

Kes kematian 423 iaitu kes nombor 61,363 melibatkan seorang lelaki berusia 66 tahun yang mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik dan katarak. Beliau meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh.

Kes kematian 424 iaitu kes nombor 68,245 melibatkan seorang perempuan berusia 52 tahun yang mempunyai penyakit kencing manis dan darah tinggi, beliau meninggal dunia di Hospital Lahad Datu.

Kes kematian 425 iaitu kes nombor 74,292 ialah seorang perempuan juga berusia 52 tahun yang mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi dan dislipidemia. Beliau meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu.

Kes kematian 426 iaitu kes nombor 82,577 merupakan seorang lelaki berusia 77 tahun yang mempunyai penyakit darah tinggi dan strok. Jenazah dibawa ke Hospital Tawau.

Kes kematian 427 iaitu kes nombor 61,181 melibatkan seorang lelaki berusia 58 tahun dan meninggal dunia di Hospital Tawau.

Kes kematian 428 iaitu kes nombor 71,577 merupakan seorang lelaki berusia 76 tahun yang mempunyai penyakit darah tinggi dan jantung, beliau meninggal dunia di Hospital Lahad Datu.

Kes kematian 429 iaitu kes 85,106 ialah seorang lelaki berusia 57 tahun dan jenazah dibawa ke Hospital Tawau.

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga mangsa.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia