Siakap Keli
Gambar Via Daily Star

(Video) Detik-detik Akhir Helikopter Tentera Algeria Terhempas Ke Laut Dipercayai Pagi Tadi, Juruterbang Dilapor Maut

Sebuah helikopter tentera di Algeria dilaporkan telah terhempas ke dalam laut sehingga mengorbankan juruterbang, lapor Daily Star.

Detik-detik ketika kejadian itu berlaku dirakam di pesisir pantai Bouharoun di wilayah Tipaza, Algeria dipercayai pada pagi waktu tempatan.

Helikopter itu dilihat berada di luar kawalan ketika bergerak dengan pantas menuju ke permukaan air.

Operasi pencarian dua orang lagi kru kini sedang dijalankan.

Kementerian Pertahanan Algeria mengatakan bahawa helikopter Tentera Laut MS-25 Merlin itu adalah milik Tentera Laut dan sedang terbang dalam misi latihan teknikal.

Kejadian tersebut bukan satu-satunya kemalangan helikopter yang berlaku pada bulan ini, seramai lima orang dilaporkan terkorban dalam kejadian helikopter terhempas di Banjaran Alps, Perancis pada Disember lalu.

Sumber: Daily Star

Sofea

There's always another side to every story