Siakap Keli

(Video) Lelaki ‘Tik Tok’ Ini Belikan Rumah Untuk Wanita Gelandangan Sambut Krismas Buat Ramai Sebak

Sifat murni saling membantu sesama manusia amat digalakkan setiap kaum dan agama di seluruh dunia. Tidak mengira paras rupa, perbezaan kulit dan sebagainya, namun amalan tolong menolong ini telah memupuk seseorang ke arah lebih positif.

Itulah yang dapat digambarkan oleh seorang lelaki yang mengguna nama Isaiah Garza di laman TikToknya yang membantu belikan rumah untuk seorang wanita ‘homeless’ sejak 10 tahun lalu.

Video yang dikongsikan menerusi laman TikToknya mendapat lebih 38.7 juta tontonan ini jelas menunjukkan kegembiraan wanita yang bernama Robin mendapat sebuah rumah yang selesa daripada lelaki tersebut.

“Yeahh.. I love it”…

@isaiahgarzaintl

PART 1: Robin has been homeless for 10 years. Today we got her an apartment thanks to my followers/gofund/tiktok πŸ’•#giveback #HolidayDecor

♬ This Wisp Sings by Winter Aid but slowed down – lastmanstanley

@isaiahgarzaintl

I took the sweetest homeless lady (Robin) shopping for her birthday. Please help me get her a home for Christmas πŸ’•πŸ₯ΊπŸ™πŸΌ #giveback #HolidayVibes

♬ This Wisp Sings by Winter Aid but slowed down – lastmanstanley

Untuk pengetahuan anda, Isaiah Garza ini merupakan pereka perhiasan terkenal di Los Angeles, Paris dan New York. Mereka menggunakan setiap keuntungan daripada jualan untuk membantu para gelandangan dan mereka yang kehilangan tempat tinggal.

Jika anda lihat, lelaki ini sering membantu para gelandangan untuk memberi ‘makna’ buat mereka. Kita tidak tahu apa nasib kita nanti, jadi sentiasalah berbaik dengan orang tanpa mengira status dan pangkat.

 

Sumber: Tiktok isaiahgarza

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang