Penonton yang ketakutan sempat merakam momen yang luar biasa dimana seekor ular sawa membuka rahangnya ketika melahap seeokoe kangaroo wallaby di Queensland. Rakaman dan gambar kejadian tersebut disiarkan di laman Facebook Son of Gun pada 5 Disember dan telah meraih sebanyak 11,000 perkongsian.
Video yang berdurasi lebih kurang 1 minit tersebut menunjukkan ular sawa besar membuka rahangnya ketika membaham di seluruh bahagian bawah kangaroo wallaby tersebut.
Orang-orang pantas memberikan komen terhadap gambar tersebut dan terdapat segilintir mereka yang mendakwa bahawa gambar tersebut itu telah di-photoshop. Scrub pythons yang merupakan habitat yang biasa terdapat di Queensland Utara, ular tersebut boleh membesar hingga lapan meter dan sering memakan mamalia kecil, khususnya wallabies.
Menurut Daily mail, terdapat beberapa kes ular sawa pucuk yang mengancam habitat wallabies di Northern Queensland pada tahun 2019 dengan rakaman video yang menunjukkan ular sawa menyerang spesis kangaroo tersebut. Individu yang menangkap ular sawa itu telah dihubungi untuk memberi kenyataan mengenai kejadian baru-baru ini.
Sumber- Dailymail