Siakap Keli
Gambar : Dailymail

(Video) Tular Rakaman Lelaki Seret Tikus Persis Haiwan Peliharaan Di Pasar Dekat China

Satu rakaman seorang lelaki China yang berjalan dengan dua ekor tikus seolah-olah seperti haiwan peliharaanya tular dimedia sosial. Lelaki itu dilihat berjalan bersama dua ekor tikus dengan tali panjang yang diikat pada mulut binatang tersebut di sekitar kawasan pasar yang penuh dengan orang ramai di Guangdong, China selatan. 

Lelaki itu dipercayai seorang peniaga yang menggunakan binatang tersebut untuk mempromosikan perangkap tikus yang dijualnya.  Kejadian itu dirakam seorang individu yang turut berada di pasar tersebut.

Tikus itu dilihat sdiikat mulutnya dengan cangkuk besi yang dililit dengan wayar. Salah seekor tikus tersebut seperti menghidu bau disekelilingnya sementara yang lain kelihatan lemah dan tidak bermaya kerana diseret sepanjang perjalanan oleh lelaki China tersebut.

Sebahagian dari pengunjung pasar yang melihat kejadian ini berasa tidak selesa dengan kelakuan lelaki tersebut, namun ada sebahagian yang lain merasa terpegun.

Kejadian sama pernah berlaku di China apabila seorang blogger memfilemkan seorang lelaki berjalan bersama dengan dua tikus di Wuzhou, China selatan, pada bulan September baru-baru ini.

Peniaga tersebut dilihat seperti menunjukkan cangkuk besi yang berwarna perak kepada pelanggan sambil menerangkan fungsi dan cara untuk menangkap tikus dengan lebih berkesan. Lelaki itu menerangkan, apabila tikus itu menggigit makanan pada cangkuk tersebut, perangkap akan mengembang dan mulut tikus itu akan dijerat.

Sumber: Dailymail