Siakap Keli
Gambar: Nik Mohd Rizal

Boleh Jimat Bil Eletrik Rumah Antara RM300 Ke RM 1000 Setahun, Lelaki Saran Ganti Lampu Biasa Dengan Lampu LED

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Biasanya di rumah, boleh dikatakan hampir semua tuan rumah akan menggunakan lampu kalimantang sebagai lampu utama, kan?

Malah lampu jenis ‘downlight’ juga digunakan sebagai sumber cahaya tambahan ataupun sekadar pencahayaan hiasan.

Tapi tahukah anda, penggunaan elektrik bagi lampu kalimantang dan downlight yang jenis biasa itu sebenarnya agak tinggi?

Dan tahukah anda, sebenarnya kita boleh menjimatkan banyak kos bil elektrik apabila beralih kepada lampu jenis LED?

Seorang warganet, Nik Mohd Rizal baru-baru ini ada berkongsi di group Tukang Apa Hari Ini (TAHI) berkenaan kiraan perbandingan penggunaan elektrik antara lampu jenis biasa dan LED di rumahnya.

Mari ikuti perkongsian ini.

Nak kongsi sikit penjimatan bila bertukar ke lampu jenis LED.

1. Lampu downlight

Gambar sekadar hiasan | Kredit: Google

10 lampu downlight yang asal: 10 x (18w + 18w ballast) = 360w

10 lampu downlight LED 9w = 90w

Penjimatan = 270w

Penjimatan sebulan (empat jam sehari) = 324kWh

Penjimatan setahun = 386kWh (antara RM83 ke RM219 mengikut tarif semasa TNB)

2. Lampu kalimantang

Gambar sekadar hiasan | Kredit: Google

15 lampu kalimantang asal: 15 x (36w + 40w ballast) = 1,140w

15 lampu LED 11w = 165w

Penjimatan = 975w

Penjimatan sebulan (empat jam sehari) = 117kWh

Penjimatan setahun = 1,404kWh (antara RM306 ke RM801 mengikut tarif semasa TNB)

Jumlah penjimatan keseluruhan = RM389 ke RM1,020 setahun

Jangka masa panjang memang menjimatkan.

Lampu biasa memang murah, tapi…

Selain itu, jelas Nik Mohd Rizal, kos harga pembelian kedua-dua jenis lampu tersebut juga berbeza.

Difahamkan, harga lampu jenis LED memang agak mahal sedikit berbanding lampu biasa, namun bagi kesan jangka panjang, ternyata lampu LED lebih menjimatkan.

“Lampu biasa lebih murah. Lampu LED memang mula-mula kos tinggi tapi LED tahan lima tahun. Jadi jangka panjang akan (berbaloi) untuk daripada segi kos mentol dan juga kos elektrik,” katanya.

Jadi, marilah beralih penggunaan kepada lampu LED. Pilihan ada di tangan anda. Selamat mencuba.

Sumber: Nik Mohd Rizal

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.