Siakap Keli
Gambar via Metro UK

Dakwa Lebih Selesa ‘Hidup’ Dengannya, Wanita Nekad ‘Kahwin’ & Jadikan Beg Sebagai ‘Suami’

MOSCOW – Seorang wanita dikatakan tertarik secara seksual kepada benda yang tidak hidup lalu bertindak mengahwini dengan sebuah beg bimbit yang kononnya adalah suaminya pada bulan Jun yang lalu.

Wanita yang berusia 24 tahun dikatakan pertama kali bertemu dengan “suaminya” yang bernama Gideon pada bulan Ogos 2015 setelah membelinya di sebuah kedai perkakasan untuk sesi fotografi. Namun, lama-kelamaan dirinya akui telah jatuh cinta dengan Gideon dan mula bercinta pada bulan November 2015.

Gambar via Metro UK

“Gideon bukan sekadar pasangan malah Gideon merupakan suami, kawan dan mentor. Sokongan moralnya banyak membantu saya.

“Saya bukan menolak hubungan cinta dengan manusia tetapi perasaan saya terhadap mereka kurang berbanding rasa cinta saya kepada Gideon.

“Saya pernah bercinta dengan seorang lelaki pada tahun 2017, tetapi hubungan kami berakhir apabila dia tidak memahmi perasaan saya,” kata wanita tersebut.

Wanita tersebut mengharapkan orang sekelilingnya memahami dan tidak memandang serong terhadap orang sepertinya.

Sumber: Mirror UK

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.