Siakap Keli
Gambar via terkini.id

Kantoi, Viral Aksi Penjual Siomay Didakwa Ludah Dalam Jualan Sendiri Buat Ramai Rasa Mual

Sebuah rakaman video yang memperlihatkan seorang penjual siomay yang meludah hasil jualannya sendiri. Perbuatannya itu didakwa kerana penjual tersebut ingin memperoleh keuntungan yang banyak. Video tersebut menjadi tular di media sosial setelah dikongsikan oleh seorang pengguna Instagram semalam.

Merujuk video tersebut, awalnya penjual tersebut sedang membersihkan tempat sambal jualannya yang berada di trolinya. Pada masa yang sama, dirinya juga sedang memperhatikan keadaan sekelilingnya.

Menurut laporan, penjual tersebut mengambil peluang yang ada dengan meludah jualannya sendiri. Bukan itu sahaja, penjual tersebut turut melakukan perbuatan kotor itu beberapa kali pada jualannya yang lain.

Kejadian tersebut berlaku di sebuah kawasan di Kota Tangerang di mana terdapat tulisan pada bahagian troli penjual tersebut.

Sehubungan dengan itu, video yang menyaksikan perbuatan penjual tersebut telah meraih lebih 40 ribu tontonan dan mendapat lebih 500 komen oleh para netizen.

Sumber: Terkini.id

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia