Sebut je hujung tahun, pasti ramai diantara kita yang kaki shopping akan membayangkan diskaun harga yang tak masuk akal.
Bila terbayang je diskaun harga, mesti ramai yang akan terus teringat Mitsui Outlet Park KLIA Sepang yang besar dan best kalau nak shopping. Manakan tidak, setiap hujung tahun je pusat beli-belah ni mesti ada offer yang tak masuk akal untuk kaki shopping semua.
Berita baik untuk kaki shopping semua, sempena dengan tahun 2020 yang bakal melabuhkan tirai hujung bulan ini, Mitsui Outlet Park KLIA Sepang akan mengadakan Year End Sale yang bakal bermula pada sekarang sehingga 3 Januari 2021 ini.
Pelbagai diskaun yang akan ditawarkan kepada anda di Mitsui Outlet Park KLIA Sepang.
Bukan itu sahaja, Mitsui Outlet Park KLIA Sepang juga turut akan mengadakan Late Night Sale di mana ianya akan berlangsung selama 3 hari sahaja iaitu daripada 18 Disember sehingga 20 Disember 2020.
Untuk kaki shopping yang selalu tak cukup masa survey barang, haa inilah peluang anda untuk mengambil kesempatan shopping sehari suntuk dekat Mitsui Outlet Park KLIA Sepang ni sebabnya Mitsui Outlet Park KLIA Sepang akan memanjangkan waktu operasi mereka sehingga pukul 12 tengah malam sepanjang tiga hari tu.
Selain daripada itu juga, Mitsui Outlet Park KLIA Sepang akan mengadakan Happy Hours yang akan bermula pada 10pm sehingga 12 tengah malam. Happy Hours ini akan bagi manfaat kepada kaki shopping sebabnya time ni diorang akan bagi diskaun tambahan tau.
Menarik kan?! Tapi ada lagi yang menarik tau.
Mitsui Outlet Park KLIA Sepang akan mengadakan peraduan Spend and Win a Car and Motorbikes khusus untuk pelanggan-pelanggannya yang akan bermula sekarang sehingga 10 Januari 2021.
Macam mana nak menyertai peraduan ni? Senang je. Anda cuma perlu membelanjakan sebanyak miminum RM 300 dalam maksimum dua resit.
Hadiah yang ditawarkan pula adalah berupa 2 unit kereta Toyota Vios, satu unit motosikal Vespa, dan dua unit motosikal Honda Beat.
Sedikit nasihat untuk anda. Sekiranya anda nak menang hadiah-hadiah ni, anda disarankan untuk menyertai dan menghantar borang penyertaan seberapa banyak yang mungkin bagi mencerahkan peluang anda untuk menang.
Jadi, apa tunggu lagi? Cepat-cepat serbu Mitsui Outlet Park KLIA Sepang sekarang!