Siakap Keli
Gambar via Metro UK

Tragis, Budak 2 Tahun Dilaporkan Maut Dipercayai Tertembak Diri Sendiri

INDIANA – Seorang budak lelaki berusia 2 tahun didakwa maut selepas tertembak diri sendiri menggunakan sepucuk pistol Ruger. Pistol berkenaan dikatakan ditemui di dalam bilik tifur rumahnya di Fairmount.

Menurut The Sun, kejadian berlaku sekitar 12.20 tengahari ketika ibunya sedang memberi makan kepada anak perempuannya tatkala itu sang ayah pula tiada di rumah. Kanak-kanak lelaki tersebut dikejarkan ke hospital berhampiran namun disahkan meninggal dunia.

“Bukti menunjukkan kanak-kanak tersebut yang menarik picu pistol yang menyebabkan dirinya terkena sebutir peluru,” kata jurucakap Polis Negeri Indiana.

“Namun, pihak kami akan terus melakukan siasatan terhadap kes berkenaan. Setakat ini, tiada maklumat lanjut yang dikeluarkan berhubung tempat kejadian termasuk dari mana kanak-kanak tersebut mengambil pistol itu,” katanya lagi.

Tambahnya, penemuan mereka akan diserahkan kepada pendakwa sebaik sahaja siasatan selesai bahkan menjelaskan tuduhan jenayah bakal menyusul.

Halaman GoFundMe telah dibuka untuk mengadakan majlis pengebumian kanak-kanak itu dan menyatakan, “Sekiranya anda mengenali kanak-kanak itu, anda pasti tahu bahawa dia bijak, kelakar dan menyeronokkan. Dia mencintai keluarga dan kehidupan.”

Sumber: Metro UK, The Sun

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.