Para saintis daripada Pertubuhan Kesihatan Dunia dilaporkan akan ke Wuhan untuk menyiasat asal-usul ‘kewujudan’ Covid-19 setelah berbulan-bulan berunding dengan China untuk mendapatkan pengesahan.
Misi antarabangsa itu dijangka akan bergerak ke China pada minggu pertama bulan Januari 2021 untuk menyiasat asal usul virus yang menyebabkan wabak koronavirus ini berleluasa hingga ke seluruh dunia.

Kini, seramai 12 hingga 15 pasukan antarabangsa telah bersedia untuk ke Wuhan bagi memeriksa bukti, termasuk sampel manusia dan haiwan yang dikumpulkan oleh penyelidik China.
Pakar Pertubuhan Kesihatan Dunia, Peter Ben Embarek mengatakan bahawa bulan lepas beberapa pasukan telah menjalankan misi lain dengan menemu bual pekerja pasar untuk mengetahui bagiamana virus itu boleh menjangkiti manusia.

Para saintis mempercayai virus pembunuh itu datang daripada haiwan dan menjangkiti manusia melalui pasar yang menjual haiwan eksotik di bandar Wuhan. Namun terdapat sesetengah pakar mengatakan pasar tersebut bukanlah tempat terjadinya virus itu.
Sumber : Dailymail