Negara dikejutkan petang tadi apabila Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi berita sedih mengenai kematian bondanya, Tun Hajjah Rahah Mohamed Noah yang sebelum ini menerima rawatan di Prince Court Medical Centre.
Melalui kenyataan media yang dibuat sebentar tadi, DSN memaklumkan bahawa jenazah allahyarhamah bondanya dibawa pulang ke rumahnya dan akan disemadikan esok di Masjid Negara.
KENYATAAN MEDIABismillahirrahmanirrahimInnalillahwainnailaihirojiunDukacita dimaklumkan Bonda saya, Tun Hajjah…
Posted by Najib Razak on Friday, December 18, 2020
Berita pemergian ibu kepada mantan Perdana Menteri itu turut menarik perhatian netizen yang turut bersedih dengan khabar duka tersebut.
Netizen turut tidak melepaskan peluang menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga DSN melalui ruang komen di perkongsiannya.
”Orang mulia meninggal pada hari Jumaat yang mulia”
”Negara kehilangan seorang negarawati hebat”
Menteri Kewangan, YB Tengku Zafrul turut meninggalkan komen memberikan ucapan takziah kepada DSN.
Takziah kepada DSN sekeluarga, semoga roh Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Sumber: Fb Datuk Seri Najib Tun Razak