Siakap Keli
Gambar via Mirror

Pemandu Dilapor Dipenjara Setelah Kejar Suspek Curi Motosikalnya Sehingga Sebabkan Kematian

Rakaman CCTV menunjukkan seorang pemandu kereta mengejar pencuri motosikal dipercayai miliknya hingga menyebabkan kematian, lapor Mirror.

Pemandu itu meluncur laju di jalan di Newcastle setelah menyedari bahawa dua lelaki yang menunggang motosikal miliknya dari luar rumah.

Pembonceng dan penunggang motosikal itu terpelanting ke tiang lampu dengan kuat, dan mati.

Pemilik motosikal itu dipenjarakan selama 10 tahun pada rabu kerana kesalahan membunuh.

Tambah laporan Mirror, pemuda itu kemudian dibebaskan dari kes pembunuhan tersebut selepas perbicaraan di Mahkamah Newcastle Crown.

Selepas kes itu, Polis Northumbria mengatakan suspek dan rakannya telah mencuri motosikal milik pemuda itu dari luar rumahnya di Fenham, dan warga Romania itu cuba menyelamatkan dengan mengejar motosikal jenis Vauxhall Vectra miliknya dengan memandu kereta.

Kejar mengejar berlaku dengan kadar kelajuan tinggi sejauh beberapa batu berlaku pada awal pagi 5 Mei yang lalu.

CCTV menunjukkan pemilik motosikal itu memandu dalam bulatan dengan cara yang salah untuk mengejar motosikal yang dibawa suspek dan rakannya.

Setelah menjatuhkan suspek dan rakannya dari motosikal itu, pemuda itu meninggalkan mereka berdua yang parah di tengah jalan.

Gambar via Mirror

Perkhidmatan kecemasan tiba, namun salah satu antara mereka meninggal dunia di tempat kejadian.

Pemandu motosikal berusia 29 tahun itu dibawa ke hospital dengan kecederaan serius namun berjaya bertahan.

Pemilik motosikal itu kemudian ditangkap oleh polis beberapa jam selepas perlanggaran itu dan mengaku telah mengejar lelaki tersebut tetapi mendakwa mereka telah hilang kawalan dan dia tidak menyebabkan perlanggaran itu.

Tambah laporan, bulan lalu, para hakim telah membebaskannya dari kes pembunuhan namun dia mengakui kesalahannya dalam kes pembunuhan itu.

Dia sebelumnya mengaku telah menyebabkan kecederaan yang serius dengan pemanduan berbahaya berhubung dengan kecederaan yang dialami oleh penunggang yang terselamat.

Selepas kes itu, Inspektor Detektif Joanne Brooks mengatakan bahawa pemuda itu seharusnya memanggil polis untuk menyelesaikan masalah tersebut dan bukannya membuat undang-undang di tangan sendiri.

Gambar via Mirror

Dia berkata: “Saya percaya bahawa pemuda itu telah hilang kawalan emosi dan berniat untuk mengejar mangsanya.

“Dia tidak berusaha untuk memberikan maklumat lanjut kepada pihak berkuasa mengenai kecurian itu dan sebaliknya berusaha mengejar kedua-dua lelaki itu sendiri demi menyelamatkan harta miliknya.

“Rakaman cctv menunjukkan betapa tidak bijaknya tindakan pemuda tersebut pagi itu dan menyebabkan kematian pencuri motosikalnya.”

Gambar via Mirror

Pemuda juga diberi larangan memandu selama empat tahun yang akan dimulakan setelah dia dibebaskan dari penjara.

Kes itu mendapat reaksi yang hebat daripada warganet ketika Polis Northumbria menyiarkannya di laman Facebook rasmi, dengan satu komen mengatakan tindakan waspada tidak dapat dielakkan jika jenayah tidak dihukum.

Komen-komen tersebut mendorong pihak polis untuk bertindak balas, mendesak pengguna facebook untuk menghormati ahli keluarga suspek yang sedang bersedih.

Sumber : Mirror

Aziezzan

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.