Siakap Keli
Gambar via Polk County Sheriff (Twitter)

Penampakkan Buaya Besar Di Garaj Buat Pasangan Suami Isteri Takut Separuh Mati, Bila Polis Sampai Lain Yang Jadi

Penampakan haiwan reptilia seperti buaya adalah perkara yang tidak asing lagi di kalangan masyarakat di seluruh dunia di mana kejadian tersebut kebiasaannya berlaku di kawasan perairan. Namun lain pula dengan kisah yang terjadi di Florida, Amerika Syarikat yang dikatakan penampakan buaya di sebuah garaj.

Sebelum pernampakan haiwan tersebut, suami kepada wanita tersebut sedang melakukan pemindahan barang dari garaj rumah mereka. Pasangan suami isteri tersebut beranggapan bahawa buaya yang dikatakan besar tersebut terkunci di dalam garaj. Hal ini, wanita berkenaan membuat panggilan untuk meminta bantuan bagi menangkap haiwan tersebut.

Sehubungan dengan itu, Mark Texler yang menerima panggilan berkenaan bertindak pantas menuju ke tempat kejadian. Demi keselamatan pasangan tersebut, dirinya memberanikan diri masuk ke dalam garaj dan menangkap haiwan reptilia tersebut.

Selang beberapa minit, Mark berjaya menangkap buaya yang berwarna coklat tersebut dengan sendirinya. Walau begitu, identiti buaya berkenaan membuatkan mereka yang berada di situ berasa geli hati dan terhibur.

Perkara ini disebabkan kerana buaya tersebut sebenarnya merupakan sebuah pelampung angin berbentuk buaya yang kelihatan seperti “real”. Peristiwa tersebut dikongsikan di sebuah laman twitter membuatkan para netizen yang melihat juga berasa terhibur.

Sumber: Polk County Sheriff (Twitter)

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.