Media sosial beberapa hari lalu ‘dibanjiri’ gambar yang mampu membuatkan seseorang itu menjadi panik. Melalui gambar yang dimuat naik oleh The Fashion Ball, ia pasti membuatkan seseorang menjadi gelisah dan cenderung untuk tapak tangannya berpeluh sebaik melihatnya.
Antara gambar-gambar yang dikongsikan seperti selipar yang tersangkut di eskalator, cawan kaca yang hampir jatuh dari meja, orang yang berdiri di atas kawasan tinggi dan banyak lagi.
Berikut antara gambar yang dikongsi dan cenderung membuatkan hati kita berdebar ketika melihatnya.

Gambar ini diambil dan tidak diketahui lokasinya di mana. Gambar ini pasti membuatkan anda ketakutan lebih-lebih lagi kepada mereka yang mempunyai fobia terhadap ketinggian. Bayangkan jika lelaki tersebut jatuh disebabkan kawasan itu licin. Ngeri bukan?

Pernah tak anda bayangkan apa akan terjadi jika selipar tersangkut di bahagian hujung eskalator?




Lelaki tersebut berjalan di tepi bawah jambatan tanpa gentar. Jika anda mempunyai fobia kepada ketinggian, disarankan supaya tidak di zoom gambar ini.

Paku tekan didalam susu?

Gambar di atas kelihatan seorang wanita sedang menikmati pemandangan yang indah namun, dia tidak menyedari nyawanya seolah-olah sedang melayang di tempat tinggi itu.

Gambar tersebut seolah-olah seorang lelaki begitu terdesak untuk membersihkan tingkapnya.

Lelaki dalam gambar di atas sanggup duduk di hujung bangunan yang tinggi semata-mata untuk mengambil gambar pemandangan di bandar. Bayangkan jika ada yang menegurnya dari belakang? Pasti dia terkejut dan kemungkinan boleh jatuh.
Sumber: Dailymail