Wabak pandemik COVID-19 telah melanda dunia menyebabkan kebanyakkan dari kita menghadapi pelbagai masalah termasuklah dari segi ekonomi, sosial dan kewangan sehingga kebanyakkan pekerja terpaksa diberhentikan. Ini menjadikan golongan tersebut terpaksa bekerja sebagai ‘rider’ untuk kelangsungan hidup.
Namun begitu, terjadi suatu kejadian yang tidak disangkakan berlaku di Manila di mana rider FoodPanda menjadi bahan gurauan dan mainan oleh insan yang tidak bertanggungjawab. Kejadian tersebut telah melibatkan seramai 16 rider FoodPanda apabila kesemua mereka perlu menghantar pesanan makanan ke alamat yang sama.
Laporan mengatakan kejadian tersebut berlaku di rumah seorang ahli perniagaan Vladimir Cuevas di mana dirinya merupakan sasaran orang yang tidak bertanggugjawab yang berlaku sekitar jam 3 petang.
“Pesanan tersebut bernilai sehingga PHP 1.900 (RM157) setiap satu dalam pesanan makanan dan dihantar ke rumahnya dengan opsyen ‘cash on delivery’,” kata seorang lelaki.

“Kami terkejut ketika rider tersebut tiba satu demi satu di hadapan rumah tetapi mereka tidak mempunyai nombor kami dan alamat kami digunakan oleh seseorang,” kata Cuevas.
Penunggang FoodPanda yang mengetahui hal tersebut hanya mampu terkejut dan kecewa dengan sikap insan yang tidak bertanggungjawab tersebut. Oleh disebabkan itu, Cueves membayar dan mengambil makanan dari empat penunggang FoodPanda tersebut.
Selain itu, jiran tetangga turut membantu dengan membeli makanan berkenaan dan segelintir FoodPanda terpaksa meninggalkan tempat tersebut dan menjualnya di tempat lain.
Sumber: Coconuts Manila, Mashable SE Asia