Siakap Keli

Tak Nak Pening Hadap ‘Jammed’, Ini 16 Info Yang Korang Kena Tahu Kalau Nak Ke Cameron Highland

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Boleh dikatakan semua orang suka ke Cameron Highland, mana taknya kalau suasana dan udara sejuk tersebut seakan-akan berada di luar negara.

Tetapi kalau sebut je nak pergi waktu hujung minggu memang ramai yang tolak, katanya tak nak hadap sesak. Namun, selepas korang lihat tips menarik daripada Basron Nizam ni, confirm korang tak kisah kalau pergi waktu mana pun.

Tips Nak Ke Cameron Highland ini untuk orang yang datang dari seluruh Malaysia. 

1. Laluan

Bagi mereka yang datang dari selatan, boleh ikut Tapah. Manakala bagi yang datang sebelah utara boleh ikut Simpang Pulai. Manakala untuk laluan pantai timur pula, boleh melalui Kuala Berang- Felda Aring – Gua Musang ataupun Raub- Sungai Koyan.

2. Kena bertolak awal

Bertolak Awal Lambat Confem Jem. Mudah-mudahan perjalanan kita semua, pergi dan balik selamat sampai.

3. Merancang itu penting. Kena tahu info tempat-tempat menarik Cameron Highland

  • BOH Sungei Palas Tea Garden
  • KEA Farm 8.30am-6pm
  • KHM Strawberry Farm Taman Sedia 8.30am-6pm
  • Ladang anggur bertam valley 9am-5pm (Bulan 12 baru musim anggur)
  • Taman Abang steamboat & grill harga
    Dewasa RM–
    Kanak² RM–
  • Pasar malam Sg. Ruil dekat Golden Hills (waktu operasi lewat petang sampai malam untuk hari jumaat, sabtu & hari² dibuka untuk cuti sekolah)
  • Penginapan: Salah satunya GOLDEN HILL RESORT CAMERON HIGHLANDS (jalan kaki je pergi pasar malam)

4. Seeloknya pergi bukan pada musim cuti sekolah atau cuti perayaan. Kenapa..?

  • Harga jualan produk berlipat ganda daripada harga asal.
  • Sukar untuk dapat parking kereta.
  • Kebanyakan hotel penuh dan harga juga lebih mahal.
  • Kurang privasi

5. Dekat mana nak dapatkan ‘buah tangan’ dari Cameron Highland

Jika anda mahu membeli buah, sayuran, teh dan lain-lain sebagai buah tangan, belilah di kawasan S Corner. Ada papan tanda S Corner sebelum menuruni bukit di situ. Di sini berderetan kedai dan gerai yang sangat murah berbanding di tempat-tempat lain seluruh Cameron Highlands.

Anda boleh dapat buah strawberi yang besar dan manis. Harga murah berbanding jika anda beli di kawasan lain. Anda boleh beli teh uncang dengan harga murah sekotak. Kalau beli banyak, boleh dapat murah lagi jika anda bijak mengayat.

6. Tempat makan nasi berlauk

Kalau mahu makan nasi berlauk dengan portion yang kenyang, lauk yang sedap, harga yang memuaskan, cari di Tanah Rata. Berdekatan sebelah terminal bas Cameron. Nama kedai Kak Yam, ada banner yang besar boleh nampak.

7. Hotel Murah

Gambar Sekadar Hiasan

Cari hotel di sekitar tanah rata. Berhampiran kedai makan Kak Yam itu juga. Park kereta, jalan kaki untuk buat survey. Biasa backpackers suka menginap di hotel seperti itu.

Kalau datang bersama anak-anak kecil, ada bilik yang sesuai pada kadar harga RM80 dengan kemudahan yang baik.

8. Ladang teh

1. Bharat Valley Tea House
2. Bharat Valley Tea House 2 ( lagi besar)
3. Ladang Teh Boh Sungai Palas. ( Mossy Forest )

4. Boh Tea Garden

  • Masuk Percuma
  • Buka 9.00am- 4.30pm
  • Nikmati tea, cake dll desert

9. Tempat menarik yang percuma

  • YZ Agro Farm (8.30 pagi – 6 ptg)
  • KHM Strawberry and Jem (8.30 pagi – 6 ptg)
  • Cactus point (9 pagi – 6 ptg)
  • Big Red Strawberry Farm (8 pagi – 6 ptg)

  • Ladang Lebah (8 pagi – 7 mlm)
  • Ladang Anggur Bertam Valley (9 pagi – 5 ptg)
  • Pasar Malam Brinchang (Jumaat dan Sabtu)
  • Kea Farm (8.30 pagi – 6 ptg)

10. Tempat menarik yang berbayar

  • Taman Agroteknologi MARDI (8.45 pagi – 5 ptg)
    Dewasa RM5, Kids RM3
  • Lavender Garden (9 pagi – 6 ptg)
    Dewasa RM10, Kids RM7
  • Butterfly Garden (9 pagi – 6 ptg)
    Dewasa RM7, Kids RM5
  • Orkid and Rose Garden (9 pagi – 6 ptg)
    Dewasa RM8, Kids RM6

11. Makanan yang wajib cuba

  • Aiskrim Malaysia Strawberry
  • Aiskrim Strawberry
  • Scone

  • Strawberry coklat
  • Nasi Lemak Sambal strawberry
  • Sayuran goreng
  • Steamboat cheese highlands
  • Jagung mutiara rebus
  • Ubi rebus

12. Ole-ole wajib beli

  • Strawberry
  • Jambu epal (merah dan hijau)
  • Sayuran segar (10 sayur RM10)
  • Buah-buahan Kering
  • Coklat buah-buahan
  • Kordial buah-buahan

**Extra info Suhu di Cameron Highlands.

Pagi – 17*C
Siang – 24-26*C
Malam – 18*C

13. Tempat steamboat ‘best’

  • Highland steamboat cheese (5 p.m. – 12 a.m.)
    Dewasa-RM 35
    Kanak-kanak- RM 20
  • The Stone Valley Steamboat (5 p.m. – 12 a.m.)
    Dewasa – RM 35
    Kanak-kanak – RM 18

14. Bengkel

1. Cameron Auto Repair & Services (Towing kereta & hantar ke bengkel – 24 hours- 019-3992888

2. Cameron Fastline Sdn Bhd. (24 hours towing & Bengkel).
Lot Atri B10-76 (Bengkel Atas), Jalan Sultan Abu Bakar, Brinchang.
Tel : 05-4915679; Tel : 019-3921166 (YH Liu)/016-3877710 (Roy)/012-2176368 (Roy)

3. Cameron Highlands Tyre Auto Centre.
Jalan Royal Lily 5, Tmn Royal Lily. Tanah Rata. – 05-491 5669 (GPS : 4.468576 , 101.371582)

4. Cameron Highlands Tyre & Car Centre.
A-G-1 Tmn Royal Lily 5, Tanah Rata. – 05-4915669/012-6511005 (SF.Phoon)

5. Cameron Highlands Tyre & Car Centre.
No.9 (Ground floor), Jalan Angsana 3, Brinchang Point, Brinchang – 019-5295151

6. Ah Boy Bengkel – 016-5058738

7.Kedai Tayar (Tringkap) – 05-4961430

8.Awie (Kg Raja) – 019-9086694

9.Liu Pomen – 019 392 1166

10.Lenchai Pomen – 016 505 8735

11.Kama Koi Pomen – 012 542 4201

12.Rosli Pomen – 017 5777047

15. Farmasi, klinik dan hospital

  • Tigas Cameron Pharmacy
    58-a Persiaran Camellia 3, Tanah Rata – 05-491 4791
  • Watson
    L ot 7,8, Grd. Floor, Marigolds Square, Tanah Rata.
  • Hospital Tanah Rata – 05-491 1966 (GPS : 4.466836, 101.390448)
  • Klinik Dr Ayob Tanah Rata – 05-4911654
  • Klinik Wong, Brinchang. (Sebelah Pasaraya Jimat One Stop) – 05-491 1478
    Brinchang. (GPS : 4.492137, 101.389074)

16. Balai polis/Pondok polis

  • Tanah Rata – 05 491 5443
  • Brinchang – 05 491 1222
  • Kg. Raja – 05 498 1222
  • Ringlet – 05 495 6222
  • PP Tringkap – 05-496 2222
  • PP Lembah Bertam – 05-4956373

 

Sumber: Basron Nizam

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.