Siakap Keli
Gambar : Google

Tular Bangkai Alligator Gar Dijumpai Di Malaysia, Ini Fakta Tentang Ikan Bermulut Buaya Yang Ramai Tak Tahu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tular bangkai seekor ikan yang berkepala buaya telah ditemui di Perairan Sabak Bernam. Walaupun haiwan tersebut telah mati tetapi ia membawa kebimbangan kepada penduduk sekitar kawasan tersebut.

Sebelum orang ramai membuat andaian negatif, SK ingin kongsikan beberapa fakta tentang ikan Alligator Gar yang dijumpai di perairan Malaysia disampaikan oleh seorang pakar perikanan, Dr Fitri Yusoff menerusi laman Twitternya.

Semalam ada sahabat tag saya di sebuah berita mengatakan Ikan Buaya, juga dikenali dengan nama popularnya Alligator Gar telah dijumpai di perairan Malaysia. Lagi mengejutkan ia ditemui di perairan pantai.

Saya kongsi beberapa fakta vs auta ikan ni…

 

  •  IKAN AMAZON?

Ikan ni asalnya dari North and Central America, bukannya Amazon. Kini spesies ini hanya ditemui di kawasan perairan Teluk Mexico sahaja. Anda boleh buat carian di IUCN Redlist, cuba taip nama dia.

  • IKAN AIR TAWAR

Walaupun ikan ini banyak ditemui hidup di air tawar, ia juga boleh ditemui di air payau. Ini mengesahkan mengapa ia dijumpai di perairan pantai Malaysia. Cumanya, ia lebih suka air yang tenang seperti dalam tasik, paya atau anak sungai.

  • SAIZ GERGASI

Ya ikan ini antara spesies terbesar ikan air tawar dengan saiz boleh mencapai 3 meter dan berat lebih dari 100 kg. Lagi banyak sumber makanan, lagi besar lah dia.

  • ANCAMAN KEPADA MANUSIA

Hingga kini tiada sebarang laporan kes spesies ini menyerang manusia. Tetapi, ia memang merupakan pemangsa yang opportunistik. Ikan dewasa, makanannya terdiri dari ikan-ikan kecil, ketam, udang, burung dan mamalia kecil. Tambahan, telur ikan ini beracun.

  • SPESIES PENJARAH

Haiwan ini diperkenalkan di Malaysia sebagai haiwan belaan dalam akuarium. Dan bukan sahaja di Malaysia, bahkan di negara lain, ia akan dilepaskan ke perairan tempatan apabila sudah terlalu besar dan tuannya tidak mampu membelanya lagi. Menjarah air watan kita.

Berpotensi bersaing dengan spesies tempatan dalam habitat semulajadi.

Kesimpulannya, ikan ini berpotensi bersaing dengan spesies tempatan dalam habitat semulajadi. Di Malaysia, ia hanya menjadi ikan eksotik dan dibela, apabila dah terlalu besar akan dilepaskan di kolam/tasik. Pemangsa dia hanya buaya dan manusia sahaja.

Ini bahaya kerana ia duduk di tangga teratas rantaian makanan dan akan bersaing dengan spesies asal ikan di Malaysia. Jadilah Tuan yang bertanggungjawab.
Harap dapat kongsikan maklumat ini kepada rakan-rakan kita.
#fitriyusof
#doktorikan
#akuakademia

 

Sumber: Dr Fitri Yusof

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.