Siakap Keli
Gambar via Sandra A. Venegas

Berdedikasi Hingga Akhir Hayat, Cikgu Sempat Buka Laptop Demi Tugas Walau Terlantar Di Hospital

Siapa yang tak ingin berjaya dalam hidup? Namun untuk berjaya dalam hidup, kita sebagai manusia memerlukan ilmu di mana ia tidak akan hadir tanpa seorang yang bergelar guru. Tidak kisah pengorbanan seorang guru itu besar ataupun kecil, ia tetap memberi impak dalam kehidupan kita sebagai manusia.

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook, Sandra A. Venegas telah berkongsi mengenai ayahnya, Alejandro Navarro yang merupakan seorang guru yang berdedikasi. Beliau mengatakan ayahnya sangat memetingkan tugasnya sebagai seorang guru berbanding kesihatan dirinya sendiri.

Menurut kenyataan yang ditulis oleh Sandra, doktor datang menemui ayahnya dan menjalankan ujian untuk membuat keputusan. Sekiranya jantung ayahnya terhenti, dirinya perlu membuat keputusan sama ada melakukan CPR atau melepaskan ayahnya pergi dengan tenang.

“Kali terakhir saya melihat ayah saya pada hari Isnin dan dia telah menghabiskan masa selama dua jam dengan bekerja di rumah. Saya harap saya dapat tutup komputer ribanya dan menghabiskan waktu lapang dengannya”.

Namun begitu, ramai tidak sedar bahawa seorang guru sanggup mengorbankan apa sahaja terutamanya masa walaupun pandemik yang berlaku atau menghadapi krisis kesihatan. Bagi mereka yang bergelar guru, mereka tetap merasa risau untuk menyelesaikan tugas mereka dengan sempurna.

Sandra juga berkata, jika anda mengahwini seorang guru maka bantulah mereka dalam menghadkan kerja-kerja mereka terutamanya di rumah. Untuk seorang guru, jangan membiasakan diri dengan bekerja lebih masa dan jangan menjadikan ia sebagai suatu habit dalam kehidupan harian.

Tambahnya, Sandra mengatakan bahawa kematian ayahnya tiada sebarang kaitan dengan wabak paandemik COVID-19 atau perkara yang bersangkut paut dengan COVID-19.

Sumber: Sandra A. Vanegas

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.