Bila rasa badan dah semakin membesar, pasti setiap perbuatan kita rasa terbatas. Mana taknya, kalau badan sudah ‘oversize’, akan cepat terasa penat. Namun, agak sukar jika seseorang itu ingin memulakan gaya hidup yang sihat. Ye lah, kalau kanan dan kiri datang ‘menghasut’ ajak makan.
Tetapi, semangat untuk turunkan berat badan dengan gaya yang sihat sudah menjadi satu azam buat Dayang Zahara. Dia berkongsi pengalamannya semasa dan sedang menurunkan berat badan tanpa menggunakan sebarang produk kurus. Bukan itu sahaja, wanita ini juga berkongsi beberapa tips menarik untuk seseorang ingin memulakan diet.
Katanya semasa dihubungi, pada asalnya beratnya sudah berada angka ke 9.. berkat usahanya, dia berjaya menurunkan berat sebanyak 20kg dalam masa 5 bulan mengamalkan pemakanan secara suku-suku separuh.
Nak jugak share.. Start Diet 5/7/2020. Sekarang pun masih lagi on diet.
Saya hanya amalkan beberapa perkara;
- Makan pagi
Tiap pagi breakfast telur 2 biji tak kisahlah masak macam mane pun, saya makan pukul 7 pagi macam tu. Pukul 9 pagi kadang-kadang rase lapar, saya ambik buah-buahan.
- Makan tengah hari
Pukul 1 tengah hari mula untuk makan tengah hari, kadang-kadang terlajak jugak time lunch. Kadang pukul 2.30 petang baru saya makan, takut perut kalau lapar awal sebab saya makan awal.
- Makan petang
Waktu petang pulak kadang-kadang pukul 6 petang macam tu lapar dah, jadi saya tak makan makanan berat, cuma ambil buah-buahan dan kekacang bakar sahaja. Makan agak-agak dah kenyang, terus berhenti.
Wanita ini juga berkongsi tips sebelum makan tengah hari, dia akan mengambil segelas air kosong terlebih dahulu selepas 30 minit, baru dia akan makan nasi atau apa-apa makan berat.
Dan paling berkesan menurut Dayang, dia tidak mengambil sebarang minuman selepas 1 jam makan baru dia akan minum air.
Katanya lagi, tips ini dia dapat daripada perkongsian Google supaya perut cepat kempis dan tidak buncit.
Ini antara menu lunch yang dikongsikan..
- Nasi separuh (saya makan brown rice)
- Kadang-kadang ambik juga basmathi. Cuma kuantitinya adalah separuh.
- Lauk pulak lebih kepada bakar-bakar.
- Kalau makan berkuah, saya akan ambil dalam 2 ke 3 sudu je
- Ulam-ulam dan sayur memang akan ambil lebih
Jenis saya pulak kena ade sambal pedas, baru sedap makan. Dalam masakkan pun tak ade gula hanya garam je bawang-bawang cili tu guna lah. Minyak saya guna minyak masak naturel blend.
Buah-buahan
- Pisang
- Epal hijau atau merah
- Nenas
- Tembikai
- Delima
- Jagung
- Anggur
- Mangga
Kadang-kadang perut ni tengah malam pun lapar, saya minum air banyak, kalau tak jadi jugak saya akan ambik epal sebijik atau pisang.
Bersenaman pulak 3 4 kali je. Saya senam waktu malam je. Siang mengizinkan. Jadi, hasilnya dari angka berat ke 9, sekarang dah ke angka 7. Nak buat jadi angka 6 pulak lepas ni, doakan saya.
Sumber: Dayang Zahara