‘Hiking’ bukit atau gunung merupakan salah satu aktiviti yang lasak di mana ia menjadi kegilaan ramai pada masa kini terutamanya individu yang suka melihat keindahan alam semula jadi. Hal ini, ia boleh dilakukan pelbagai peringkat umur termasuklah kanak-kanak dan orang berumur.
Begitu juga dengan seorang wanita, Arrohma Sukma Permada Marga Dineta yang meminati aktiviti lasak seperti ‘hiking’ walaupun dirinya terpaksa mendaki dengan hanya satu kaki. Bagi dirinya kekurangan anggota badan bukan penghalang untuk dirinya berputus asa bahkan melupakan hobinya dalam dunia ‘hiking’.

Menurut laporan, aktiviti mendaki gunung adalah hobi Arrohma Sukma sejak di bangku sekolah lagi. Namun, dirinya telah terlibat dalam kemalangan langgar lari ketika dirinya pulang dari sekolah pada bulan Disember 2018 yang lalu.
Disebabkan kemalangan tersebut, Arrohma Sukma cuba menerima nasib malang yang menimpa dirinya bahawa kaki kanannya terpaksa dipotong. Walau begitu, dirinya tidak berputus asa malah bangkit dalam meneruskan minatnya untuk mendaki gunung.
“Dulu saya pernah terfikir, adakah saya boleh menjadi seorang wanita yang boleh meneruskan hidup dengan sedia kala walaupun keadaan saya tidak seperti dulu lagi?
“Saya pernah berasa kecewa dan memutuskan untuk mengurungkan diri di dalam bilik. Selama 3 hari saya menyalahkan diri saya sendiri bahkan saya tertanya-tanya, kenapa Allah memberikan ujian ini kepada saya di saat saya masih mempunyai keinginan dan usia saya yang masih muda.
“Dan siapa sangka ternyata Allah telah memberikan jawapan di setiap persoalan dan pertanyaan saya selama ini. Allah ambil kaki kanan saya terlebih dahulu tetapi bukan keluarga, sahabat, saudara bahkan keceriaan yang ada pada diri saya ketika saya berjumpa dengan orang sekeliling.

Bagaimanapun, Arrohma Sukma bukan menganggap puncak adalah tujuan utamanya tetapi kejayaannya turun dari gunung dalam keadaan sihat bahkan menurunkan ego diri sendiri adalah tujuan utamanya. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya dirinya menjadi inspirasi kepada masyarakat di luar sana.
Sumber: Pendakicantik.com