Siakap Keli
Gambar: Ebit Lew

“Bagaimana Nak Bantu Mak Masuk Syurga,” Ebit Lew Sebak Dengar Soalan Syafiq Ahmad Dan Isteri

Kemalangan yang menimpa pemain bola sepak kebangsaan, Syafiq Ahmad beberapa hari lalu telah mengejutkan ramai pihak. Anaknya yang baru berusia 22 hari antara yang maut termasuklah ibu mertuanya. Ekoran daripada itu, rakan sepasukan, jurulatih dan warganet telah memberi sokongan kepada Syafiq Ahmad bagi menghadapi ujian tersebut.

Dalam perkongsian terbaru di laman Facebook, Ustaz Ebit Lew berkesempatan melawat dan menziarahi keluarga Syafiq Ahmad di Kedah. Ikuti perkongsian oleh Ustaz Ebit Lew seperti di bawah:

Sebak sayu ziarah Syafiq Ahmad,Amalina dan keluarga di Kedah. Jarang saya menangis. Tadi tak dapat tahan menangis tadi. Kehilangan ibu dan anak serta bibik asbab kemalangan jalan raya.
Gambar : Ebit Lew
Amalina masih belum boleh bangun. Tadi bercerita ujian kerana kasih sayang Allah. Allah sayang. InsyaAllah anak menanti dalam syurga. Buat ibu yang baik insyaAllah semoga Allah ampunkan dosa beliau dan hadiahkan syurga Firdaus. Allah nak beri mereka berehat dan nanti dapat kembali bersama dalam syurga. Sabar ialah amalan yang teramat besar disisi Allah.
Gambar: Ebit Lew
Sayu sebak dengar soalan Syafiq dan Amalina. Bagaimana nak bantu mak masuk syurga. Nak hadiahkan amalan buat arwah mak. Banyak soalan dan luahan hati mereka. Baik sangat keluarga ini. Melihat air mata mereka sepanjang luahan dan berbual tadi. Hati saya jadi sebak sangat. Sempat juga berbual dengan abang aen ayah Amalina. Merindui arwah isterinya.
Gambar: Ebit Lew
Ya Allah berilah kekuatan buat keluarga ini. Rahmati mereka. Bantu mereka melalui semua ini. Ya Allah,ampunilah arwah ibunya hadiahkan syurga FirdausMu-ebitlew
Sumber : Ebit Lew

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.